Sunday, March 3, 2013

"Wag the Dog"



Marilah kita tontoni semula “Wag the Dog”


Filem “Wag the Dog” menceritakan bagaimana di saat-saat akhir kempen pemilihan Presiden,  khidmat seorang spin doctor (Robert De Niro) telah digunakan untuk mengalihkan pandangan para pengundi terhadap skandal seks Presiden.  Tukang putar belit, atau spin doctor telah melantik seorang penerbit Hollywood (Dustin Hoffman) untuk mencipta sebuah peperangan main-main, yang dibuat-buat (fake war).  Peperangan itu katanya berlaku di Albania (bukan Lahat Datu).

Dalam peperangan untuk mendapatkan sokongan (baca: undi) pendapat umum semestinyalah perlu dikuasai kerajaan.  Biasanya isu-isu strategik seperti keselamatan atau perang dapat mematikan isu-isu lain yang kadang kala amat menganggu Sang Penguasa.  Kita, rakyat Malaysia di saat-saat memasuki PRU 13, eloklah tontoni semula filem “Wag the Dog” ini.  Mungkin kita bakal perolehi ikhtibarnya.

Nota:

Siapakah itu Dognya (Anjing itu)?  Ada yang berkata anjing itu melambangkan "pendapat umum".
lalu Tail (Ekor) itu apa?  Katanya “Ekor” adalah medianya.   

Ada pula yang berkata bahawa “Anjing” adalah medianya, sementara “Ekor” pula kempen medianya.

Namun katanya berpendapat yang lebih mungkin ialah “Anjing” itu rakyat jelata dan “Ekor” adalah kerajaan.




No comments: