Saturday, May 11, 2013

"Pengundi Cina telah tertipu oleh pakatan rakyat"



TIGA SUDUT PANDANGAN 


Sila perhatikan TIGA petikan di bawah ini.   Yang pertama dari mulut seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kedua dari arkib Utusan Malaysia, akhbar yang kebal itu dan yang ketiga pandangan seorang rakyat, seorang profesional Melayu.  Bahan-bahan seperti ini menarik untuk dijadikan rujukan dan perbandingan oleh rakyat termasuk mereka yang di luar bandar. Paling tidak sesuatu isu itu dapat dilihat dari berbagai-bagai sudut.

Silalah nikmati petikannya. 


VERSI SATU:


Pengundi Cina silap percaturan sokong Pakatan Rakyat, kata Nazri
May 11, 2013

Pengundi Cina telah tertipu oleh pakatan rakyat, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 kerana mengangap hak istimewa Melayu akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

Bagi kaum Cina mereka tertipu…mereka hanya kejar pelangi sahaja kerana perkara itu tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak istimewa bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.



VERSI DUA:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=fp_01.htm
ARKIB : 25/11/1999

Hapuskan hak Melayu -- Janji DAP sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya


PETALING JAYA 24 Nov. - DAP yang bersekongkol dengan Pas dan Keadilan sekali lagi berjanji akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu bagi memberi laluan kepada gagasan Malaysian Malaysia sekiranya memenangi pilihan raya 29 November ini.

Timbalan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng turut menegaskan akan menolak sama sekali penubuhan negara Islam.

Beliau berkata, dengan wujudnya Malaysian Malaysia semua kaum akan menikmati keistimewaan yang sama adil tidak seperti yang diamalkan oleh kerajaan sekarang.
Beliau berjanji, tidak akan wujud lagi sebarang perbezaan dan diskriminasi kaum di antara orang Melayu, Cina dan India.


 
VERSI TIGA:


Kenapa saya mahu kerajaan baru?
April 25, 2013

BN mengamalkan budaya takut. Asyik diulang hanya BN yang boleh memerintah. Siapa bersuara, disuruh keluar Malaysia.

COMMENT
Oleh Shahrulazwad Ismail

(Shahrulazwad Ismail, berumur 36 tahun, seorang peguam kanan dengan firma guaman sendiri di Selangor)

Kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memerintah terlalu lama telah menyekat bukan sahaja kebebasan bersuara rakyat, malahan kebebasan berfikir rakyat. Kesemua idea dan cara BN dianggap tepat dan tidak boleh dipersoalkan walaupun yang diminta hanyalah penjelasan, belum pun dibuat bantahan.

Media massa dimonopoli jadi berat sebelah, pandangan daripada golongan pembangkang mahupun golongan professional yang arif tentang sesuatu perkara tersebut tidak boleh disiarkan langsung.

Generasi tua kini terperangkap dengan sejarah dan legasi pemimpin Umno dan BN yang lama. Pembangkang digambarkan umpama golongan penjenayah yang mahu menghancurkan apa yang dibina oleh pemimpin-pemimpin lama yang berjasa.

Hakikatnya, pemimpin Umno/BN sekarang bukan muka-muka yang sama dan mengamalkan cara pentadbiran yang sama. Itu sahaja. Sejarah memang benar tapi realiti hari ini juga benar.
Generasi muda dipupuk dan diajar hanya untuk mematuhi bulat-bulat idea-idea kerajaan.

Golongan muda hanya diajar memberi pendapat hal-hal selain politik sahaja. Mahasiswa dah tak boleh berfikir sendiri, tiada pendapat sebab belajar hanya untuk markah peperiksaan, hanya untuk jadi pekerja-pekerja.

Sesiapa ada idea-idea yang berlawanan dengan “aspirasi” kerajaan dianggap salah, terpesong dan dipergunakan oleh “pihak-pihak tertentu”. “Listen, listen, listen”, kata seorang penyokong BN.

Disuruh ikrar tidak akan membuat demonstrasi jalanan. Lupa sejarah Umno dan BN sendiri yang merdeka melalui demonstrasi jalanan. Isu-isu semasa jadi tak penting. CGPA bagus tapi itupun pengetahuan graduan masih lemah, isu-isu semasa tidak tahu dan bahasa Inggeris lemah.




No comments: