Tuesday, May 14, 2013

Please, do not underestimate the hope and wrath of the rakyat



Please,  do not underestimate the hope and wrath of the rakyat


PRU13 pada 5 Mei 2013 yang baru lalu tidak diiktiraf sebagai pilihan raya yang adil, telus dan bersih.  Penolakan keputusan pilihan raya secara terang-terangan ini bukanlah sesuatu berlaku secara spontan atau tiba-tiba dalam tempoh sehari dua ini.  Momentumnya telah lama dibina kerana rakyat rata-rata tidak berpuas hati dengan peranan dan tanggungjawab SPR, Suruhanjaya Pilihan Raya selama ini.  BERSIH,  satu gerakan massa yang paling ke depan dalam mengutarakan ketidakpuasan hati rakyat ini,  mendapat dokongan yang mantap dan terbuka oleh rakyat Malaysia.  Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, keturunan, agama, jantina dan usia telah bangun untuk mengesahkan bahawa delapan tuntutan BERSIH supaya pilihan raya kita bersih, telus dan adil adalah tuntutan yang betul. 


Dengan senario di atas, BERSIH mendapat sokongan padu seluruh rakyat jelata.  Roh, semangat  dan keazaman BERSIH telah tumbuh, membesar dan membiak dari seluruh pelosok negara untuk bergabung tenaga dan untuk memprotes ketidakadilan proses pilihan raya negara kita.  Rekod protes-protes jalan raya, kesannya dan paling memalukan segala tindakan balas kerajaan Umno terhadap BERSIH untuk memomokkannya (saya kira istilah yang lebih tepat walaupun kesat dan rendah budaya ialah mengharamjadahkannya) telah meningkatkan impak BERSIH di mata rakyat.  Segala macam tuduhan, propaganda memburuk-burukkan BERSIH di media kerajaan Umno membuat rakyat semakin marah.  Sebabnya mudah.  Rakyat melihat, merasakan dan mengalami sendiri kezaliman aparat kerajaan Umno dalam menggagalkan tuntutan BERSIH.  Ramai di kalangan mereka dibelasah, disembur gas beracun, dikejar, dihambat, dipukul untuk dihukum dan diajar supaya serik.  Segala macam visual yang dimuatkan dalam media digital seperti Youtube memperlihatkan bagaimana aparat kerajaan Umno itu, menjadi gerombolan kerbau yang mabuk darah,  mengejar dan menghentam para peserta BERSIH sehingga memasuki restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Demikianlah dan begitulah berlebih-lebihnya sikap kerajaan Umno mahu mendera BERSIH.


Malangnya, sepertimana yang selalu dibuktikan oleh sejarah, Rejim yang dibenci rakyat biasanya membutakan matanya terhadap realiti di sekelilingnya kerana terlalu sibuk.  Rejim yang sibuk dan korup, sibuk menzalimi, sibuk mengaut khazanah negara, telah memilih untuk mengharamjadahkan saja segala tuntutan BERSIH itu.  Ya, Rejim ini memilih untuk memekakkan telinga, membutakan mata dan berdiam diri kerana ia yakin akhirnya rakyat tak akan mampu berbuat apa-apa.


2.


Mood sebelum PRU13 sangat tidak memihak kepada Rejim Umno. Ia melihat dengan nyata sekali bagaimana secara umumnya orang-orang Cina, telah lari meninggalkan Rejim Umno.  Ia juga melihat dengan jelas bagaimana kelompok kelas menengah pelbagai bangsa, mereka yang di bandar dan di pinggir-pinggir bandar, mereka yang punya capaian internet yang bagus (pendek kata mereka yang bermaklumat dan mahu berfikir tentang harga diri rakyat) telah mencampakkan Rejim Umno.


Malangnya, sepertimana yang selalu dibuktikan oleh sejarah, Rejim yang dibenci rakyat biasanya membutakan matanya terhadap realiti di sekelilingnya kerana terlalu sibuk.  Rejim yang sibuk dan korup, sibuk menzalimi, sibuk mengaut khazanah negara, telah memilih untuk mengharamjadahkan saja segala mesej yang disampaikan rakyat.  Ya, Rejim ini memilih untuk memekakkan telinga, membutakan mata dan berdiam diri kerana ia yakin akhirnya rakyat PASTI tak akan mampu berbuat apa-apa.  Sebagai gantinya ia sibuk mencari ikhtiar bagaimana cara terbaik untuk mengepung orang-orang Melayu di luar bandar supaya takut dan benci kepada perubahan. Maka diciptanyalah PERKASA yang dipayungi Orang Itu supaya lebih bebas untuk membebaskan segala macam hantu, pelesit, kuntilanak, setan perkauman ke dalam dan ke tengah-tengah masyarakat.  Maka akan segala hantu, setan, kuntilanak dan pelesit perkauman ini pun bergentayanganlah dengan bebas sebebasnya untuk memuntahkan api-api perkauman di mana-mana saja.  Mesejnya mudah jika sokong yang bukan Umno Melayu pasti punah!  


Begitu dan demikianlah juga dengan isu agama dan Raja.  Diputarbelitnya dengan sedaya upaya dengan harapan supaya orang-orang Melayu kembali ke pangkuannya.  Dimain-mainkan dan dipermain-mainkan isu Allah untuk membakar sentimen.  Untuk itu disewanya khidmat ulamak jahat untuk berhujah bagi pihaknya.  Disewanya khidmat ulamak kelompok perpaduang untuk memasuki jarumnya bahawa sesungguhnya si anu itu tidak layak menjadi ketua kabilah dan kami ada calon ketua kabilah lain sebagai penggantinya.  Dan seperti biasa, orang-orang ini tidak basah bibirnya dengan ...


3.

Orang-orang politik negara kita,  baik yang sekular maupun yang sangat kencangnya bacaan dan petikan ayat-ayat agamanya, jangan sekali-kali mudah lupa (pinjam istilah Orang Itu) bahawa rakyat bangkit dan telah bangkit melawan bukan kerana terlalu KEMARUK untuk mengangkat puak-puaknya menjadi ADUN, AP, EXCO waima Menteri Besar.  Percayalah, rakyat biasa baik di Ulu Tembeling, Weng, Sandakan, Labuan, Keningau maupun Lenggong dll mahukan dan amat dambakan pemerintahan yang bersih dan tidak korup. Sebabnya cukup mudah, mereka tak punya sebarang kabel untuk menjadi kroni dan mendapatkan projek.  Mereka begitu rindukan perubahan menyeluruh.
         

4.


Makanya segala Ostad yang baru saja dilantik menjadi politikawan profesional, usahlah kalian terlalu ghairah mahu menjadi king maker.  Ingatlah,  rakyat mengangkat kalian untuk membuat perubahan.  Oleh itu kita menyeru: Berikan tumpuan kepada harapan menggunung rakyat itu.  Dalam konteks ini,  sila teliti PRU13 yang baru lalu.  Sila teliti dan amati kelangsungan agenda jangka panjang rakyat sepertimana yang dinyatakan dengan jelas dalam 8 tuntutan tersohor BERSIH itu.  Sila telti baik-baik, apakah sebabnya tiba-tiba saja kalian menjadi redha setelah PRU 13 itu berlalu?  Sila teliti sikap dan tindakan kalian.  Dan jangan sekali-kali ingat bahawa rakyat akan lupa perangai dan tingkah laku kalian ini.  Jika kalian ambil mudah harapan menggunung rakyat, ingatlah sesungguhnya rakyat tidak pernah melupakan janji kalian untuk membuat dan membawa perubahan.  Please,  do not underestimate the hope and wrath of the rakyat.  Dan mereka tidak berminat mengangkat kalian untuk menjadi king maker.  Mereka mahukan perubahan. 

   



No comments: