Sunday, June 2, 2013

Aku bahagia putus tunang



Dulu dan sekarang


Kemajuan teknologi telah meninggalkan cara-cara lama.  Telefon bimbit membunuh telefon zaman silam; telefon yang diikat di meja dan yang ditambat pondok-pondok telefon adalah barangan yang semakin pupus.    

Kekayaaan orang-orang padang pasir zaman silam,  diukur dengan kawanan unta yang dimiliki.  Orang sekarang bercakap tentang saham dan mempamerkan fleet kenderaannya.

Cheng Ho, sahabatku di Bukit Meriam, Kedah sering disuruh ibunya membawa ayam untuk digulai,  disembelih oleh Bang Aji, jiran sekampungnya.  Cucunya Cheng Ho yang kini dikenali Mohd Fitri membaham ayam-ayam segera yang disembelih mesin.

Nenekku mandi manda, berwudhu dan mencuci pakaian kami di sungai yang mengalir di pinggir kampung.  Sebelum pulang nenek membimbit air sungai untuk dibuat air minuman harian termasuk menjarangnya untuk minuman kopi dan teh.  Sekarang segala Ah Seng, Muthu dan Ahmad membuang sampah sarap rumah tangga mereka ke dalam sungai. Mereka semua minum air paip kecuali sesetengah penduduk Johor;  ada yang masih menadah air hujan. 

Pak Long membajak menggunakan kerbau kesayangannya, Chah.  Eddy, anak penakannya yang terlibat dalam projek sawah berkelompok juga menggunakan kerbau buta kubota untuk membajak sawah-sawahnya.

Dara mati merana setelah tidak berjaya dikahwinkan dengan Uda. Aku gembira kerana putus tunang dan dapat artis sebagai pengganti!

Haha, betapa luar biasanya masa dan yang namanya perubahan.



No comments: