Thursday, June 20, 2013

Kak Intan: Mereka mahu 'put to rest'



Beberapa jam sebelum 22 Jun 2013
(Mereka mahu 'put to rest'?)


Beberapa jam sebelum 22 Jun 2013, regime masih lagi mencari akal bagaimana mahu menidakkan Padang Merbok sebagai tempat himpunan rakyat membantah penipuan PRU13 yang lalu itu. 

Beberapa jam sebelum pertemuan bersejarah selepas siri-siri Bersih,  Sieh Kok Chi, (mantan jurutera JPS seperti saya) sekarang orang besar OCM itu,  terus berhujah They were all the time talking Padang Merbok, they forgot we already had nod for Dataran Merdeka,'

Beberapa jam sebelum 22 Jun 2013, Sieh Kok Chi dari OCM pula yang ditampilkan oleh regime sebagai helah untuk menidakkan hasrat rakyat turun ke Padang Merbok.

Beberapa jam sebelum 22 Jun 2013, Bernama juga menurunkan tulisan dengan soalan yang mereka fikir cukup besar dan relevan,

Matangkah cara kita berpolitik? (Mohd Hisham Abdul Rafar)

Dalam tempoh 7 tahun lagi ke arah negara maju pada 2020, adakah corak berpolitik pakatan pembangkang ini boleh dinamakan politik matang?

KUALA LUMPUR: Sebilangan rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan terus mahu mengadakan bantahan.


Sayang sekali,  mereka dari media gomen ini tidak tampil untuk membicarakan - misalnya tentang tuntutan Bersih yang lapan atau tentang dakwat yang tidak putih itu.  Seperti biasa, mereka gemar sekali MEMILIH isu mana satu yang mahu diperkatakan dan ISU YANG MANA SATU PULA yang mahu mereka gelapkan.

Dan mereka berharap rakyat akan akur, tunduk dan berdiam diri lalu digiring ke dalam kandang kerana rakyat telahpun disembelih dan selinap minda dan otaknya.  Betapa lawaknya mereka ini.


2.


Beberapa jam sebelum 22 Jun 2013, aku telah pulang ke Kuala Lumpur setelah melawat sebuah tapak di pinggir sungai yang menempatkan sebuah pusat perlindungan (sanctuary) untuk kira-kira 800 ekor anjing yang mahu di’put to rest’ oleh pihak-pihak tertentu,  200 ekor kucing dan beberapa ekor arnab.  Mengikut sahabatku, Cikgu Ahmad Ashadi rakanku dalam ASASI, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah,  Kak Intan dan suaminya Pak Mie dari Alor Setar (Jalan Bendahara) adalah 1 dari 28 juta rakyat Malaysia yang tampil menjadi penyelamat binatang peliharaan jalanan yang sakit-sakitan, berpenyakit dan terbuang oleh manusia lain.   

Menurut Kak Intan, ada juga di kalangan manusia yang mahu mereka suami isteri itu 'mengangkat' ular sawa sebagai anak angkat.  Kata Kak Intan, “Bagaimana mahu pelihara ular sawa yang makan katak?  Bagaimana mendapatkan katak yang sedemikian banyak?”

Mungkin sahabatku Cikgu Ahmad akan kembali dengan visual yang menarik dan catatan lengkap dalam fbnya tentang Kak Intan dan suaminya Pak Mie.

Ini yang kurakam dalam kunjungan semalam.




 





No comments: