KENAPA AKU MENYOKONG LEGAMNYA 505 (BLACK 505)
(Ikutlah
wawancara ‘aku dan engkau’ berhubung BLACK 505)
Soalan: Apakah BLACK 505 itu?
Jawapan: BLACK 505
ialah siri protes yang dibawa ke seluruh kerana membantah penipuan pilihan raya
khususnya dalam PRU13 yang lalu iaitu pada 5 Jun 2013. Bantahan terhadap SPR , Suruhanjaya Pilihan Raya
sebagai penggendali pilihan raya di negara kita ternyata cukup meluas, terbuka dan
― tidak boleh disekat-sekat lagi. SPR dituduh
―secara terang-terangan ― sebagai alat dan kaedah UMNO mengekalkan kuasanya.
Soalan: Siapakah penggerak utama siri protes ini?
Jawapan: Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan
Rakyat (gabungan tiga parti politik utama iaitu Pas, PKR dan DAP) yang telah
memperolehi 51% undi majoriti dalam PRU13 yang lalu tapi telah gagal menjadi
kerajaan kerana tidak perolehi bilangan kerusi yang secukupnya.
Soalan: Pada pandangan saudara apakah saf kepimpinan Pakatan Rakyat bersatu dalam menghadapi
isu ini?
Jawapan: Tidak.
Dalam PKR sendiri kelihatannya terdapat pemimpin utama walaupun cuma satu
dua orang, yang suam-suam kuku terhadap siri
gerakan ini. Gelagat suam-suam kuku ini
jelas kelihatan jika dibandingkan dengan tingkah Johari Abdul (hah, itu MPku di
Sungai Petani), Chegu Bad, Tian Chua ― sekadar menyebut satu dua nama. Salah
satu hujah yang masih kuingat ialah: Pakatan Rakyat harus akui kelemahan diri
dan sebaik-baiknya mempersiapkan diri untuk PRU14! !
@#$%%%^&&&****mak
betul!
Dalam Pas perbezaan
pandangan berhubung BLACK 505 ini cukup jelas.
Mat Sabu dalam ucapannya semalam di Padang Merbok menyatakan bahawa “saya
baru saja selesai post-mortem PRU14” (betul, ini bukan silap ketik angka ―
memang empat belas!) dan kami dapati SPR tidak telus@kecoh demi untuk
memenangkan Umno”.
Ya, bagiku memanglah
wajar jika Bang Mat sinis dan menyampah(?) terhadap sikap, tindak tanduk, kenyataan
akhbar dan cakap-cakap sesetengah pihak dalam Pas di media milik Umno berhubung
hasil PRU13 yang lalu, KHUSUSNYA sikap mereka terhadap segala kerja buat SPR
dan besarnya peranan takdir.
Soalan: Apakah yang saudara nak katakan?
Tolong jangan berbelit-belit macam ular!
Jawapanku: Pakatan Rakyat tidak BERSATU dalam menghadapi isu ini. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang kelihatannya
agak selesa jika isu ini dilihat sepertimana yang dicanang oleh media milik
Umno ― INI ADALAH AGENDA PERIBADI ANWAR IBRAHIM YANG TAK BERJAYA MENJADI
PERDANA MENTERI MALAYSIA. Bagiku secara
tak langsung terdapat puak-puak tertentu dalam Pakatan ini (baik Pas maupun
PKR) yang tanpa segan silu sebenarnya telah membantu Umno.
Soalan: Hei, sdr belum jelaskan “Kenapa sdr menyokong agenda LEGAM 505 ini?” Bagaimana dengan Cina-Cina DAp yang telah memperkudakan
orang-orang Melayu?
Jawapanku: Aku penat
melayan soalan Umnomu. Aku jawap esok
boleh?
Soalan: Kau tak jawab pun lagi baik!
(Tua-tua kerepot pun masih nak turun berdemo crazy. Apakah demo tu yang crazy? )