Kenapa Dinsman Berpaling Arah?
Oleh RAZALI ENDUN (majalah TAMADUN)
Raut mukanya yang agak bulat, kening yang lebat, kumis
yang tebal dan dipenuhi rerambut di pipi dan dagunya, dia kelihatan mirip Che
Guvera, pejuang Cuba yang mati dibunuh di sebuah negara Latin Amerika. Bibirnya
yang sentiasa menguntum senyum membezakan wataknya dengan Che Guvera yang agak
garang dan bengis. Meskipun namanya ada persamaan iaitu bermula dengan ‘Che’,
namun nama sebenarnya ialah Che Shamsudin bin Othman, yang lebih terkenal
dengan nama penanya Dinsman.
Nama Dinsman bukan asing dalam dunia sastera tanahair.
Dia bergiat dalam dunia sastera, terutama genre puisi, semenjak awal 70-an.
Bersama-sama teman penulisnya Sutung Umar RS, Ajikik dan Jaafa Hs mereka
bergabung dan mengerakkan Grup Teater Elit.
Dilahirkan di Kubang Pasu, Kedah, (kawasan piliharaya Dr
Mahathir Mohamad) pada 20 Mei 1949, beliau mendapat pendidikan awalnya di
kampungnya. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam, Petaling Jaya dan
Universiti Malaya, dan mendapat ijazah dalam bidang Antropologi dan Sisologi.
Beliau pernah berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka
pada tahun 1974 hingga 1979, bersama teman-teman penulis yang lain seperti
Sutung, Usman Awang, Abdullah Hussein, Baha Zain, Johan Jaafar dan lain-lain.
Ketika inilah sajak-sajaknya banyak muncul dalam majalah-majalah yang
dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya
dan Dewan Masyarakat.
Dalam bidang teater beliau telah menghasil dan
mementaskan karya-karyanya seperti Bukan Bunuh Diri, Ana, Di Pulau Sadandi dan
Projek Izie. Dua kumpulan puisi solo telah diterbitkan oleh beliau, satu
berjudul Puisi Panjang Untuk Mahathir dan yang satu lagi Macam Orang Gila.
Antologi berkumpulan yang turut disertainya, antaranya ialah dalam Dari Derita
Bangsa yang diselenggarakan oleh Usman Awang dan Dino SS. Sebuah lagi antologi
puisi berkumpulan berjudul Gelodak masih lagi dalam proses penerbitan.
Hasil karya yang bukan kreatif dan bukan sastera yang
pernah ditulis oleh beliau ialah Gawat: Gagalnya Formula Mahathir, Mahathir
(Ekonomi) Perang Aqidah dan PAS Jangan Jadi UMNO. Beliau juga menghasilkan buku
Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam: Kelantan di bawah Kepimpinan Ulamak, sebagai
editor.
Dalam dunia pembacaan puisi, beliau sudah menjadi sinonim
dengan kegiatan itu. Sebagai pengacara tetap Majlis Baca Puisi yang dianjurkan
oleh Pena dengan kerjasama Berita Harian yang berlangsung di pekarangan Rumah
Pena setiap Jumaat minggu pertama setiap bulan, beliau telah mengumandangkan
puisi-puisinya di gelangang tersebut.
Selepas peristiwa bersejarah 2 Sept. 1998, selepas Anwar
Ibrahim disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
dan seterusnya keahlian Umno, dengan pelbagai fitnah dan tohmahan, maka
pendirian Dinsman turut berubah dengan senario baru itu. Segala sanjungan,
pujaan dan penghormatan terhadap Dr Mahathir turut terhakis dengan peristiwa
yang mengaibkan di penghujung abad ke-20 itu.
Dinsman tiba-tiba tidak dikehendaki lagi sebagai
pengacara Majlis Baca Puisi Pena. Ramai teman-teman penulis memandang serong
terhadapnya. Mulai awal 1999 dia sudah tidak diperlukan lagi mengacarakan
majlis baca puisi itu. Dia disingkirkan dan dipinggirkan oleh teman-teman
penulis yang sebelum itu sama-sama berjuang menegakkan keadilan, kemanusiaan,
sosial dan politik. Dinsman dianggap sesat oleh teman-teman penulis meskipun
beliau terlalu yakin bahawa beliau tidak sesat. Justeru kata beliau:
“Saya seolah-olah seorang yang sesat dari kumpulannya
lalu masuk ke dalam kumpulan lain. Sesat dan terbuang dari kumpulan sastera dan
budaya, lalu masuk ke dalam kumpulan politik dan agama. Padahal saya sangat
yakin yang saya tidak sesat.” (Pendahuluan buku Macam Orang Gila)
Bertolak dari peristiwa itu dunia sastera seolah-olah
menjadi titik hitam baginya. Beliau seolah-olah di‘boikot’ oleh kebanyakan
teman penulis dan penerbitan arus perdana. Namanya seolah-olah menjadi fobia di
kalangan teman-teman dan persatuan-persatuan penulis tanahair. Dia seperti
tidak dikehendaki lagi dalam dunia kesusasteraan tanahair. Namanya menghantui
mereka. Beliau cuba diisolasi oleh mereka.
Tetapi bakat seni yang ada dalam dirinya masih bersinar
bergemerlapan dan terus menerangi alam kesusasteraan. Beliau terus berkarya dan
mendeklamasikan sajak-sajaknya di gelanggang dan arena yang baru.
Sajak-sajaknya diminati dan diterima oleh khalayak yang kebanyakannya bukan ahli sastera. Ribuan peminatnya membanjiri majlis baca puisi yang dianjurkan oleh parti-parti politik alternatif, bukan lagi oleh Pena. Beliau masih tetap diterima oleh khalayak yang bukan terdiri dari golongan sastera. Beliau adalah pelopor dan perintis merakyatkan kesusasteraan terutama genre puisi kepada khalayak yang bukan ahli dalam bidang itu. Pendekatan dan caranya ini memberi kesan dan impak yang positif mengatasi apa yang dilakukan oleh Pena yang dihadiri oleh golongan dan kabilah yang sama. Dinsman diterima oleh pemimpin dan penyokong parti-parti alternatif. ‘Hanya Mutu yang kenal Manikam.’

Ketika ditanya kenapa sajak-sajaknya sebelum ini terutama
yang termuat dalam kumpulan Puisi Panjang Untuk Mahathir, begitu jelas memuji,
mengampu dan mendewa-dewakan Mahathir; beliau berkata, “Betul saya puji. Pada
masa itu dia memang baik, dan berhak dipuji. Kepimpinannya nampak ikhlas hendak
memajukan orang Melayu. Pada masa itu saya memang kagum dengan kebijaksanaan
kepimpinan dia.
“Tetapi bila dia terlalu menumpukan kepada pembangunan
ekonomi dengan mengutamakan kroni dan anak-anak; dan pada masa yang sama dia
mula menghina agama dan ulamak, saya mula hilang hormat kepada dia. Dan apabila
berlaku Gawat 1997, saya menganggap formula kepimpinan Mahathir gagal.”
Demikian penjelasan Dinsman.
Namun beliau tidak bersetuju bahawa sajak-sajaknya dalam
kumpulan Puisi Panjang Untuk Mahathir itu memuji dan mengampu Mahathir
semata-mata. “Tidak semata-mata memuji. Ada tempat-tempatnya saya mengkritik.
Yang patut dipuji saya puji, tapi yang patut dikritik dan ditegur saya kritik
dan saya tegur,” katanya.
Meneliti sajak-sajak dalam kumpulan Puisi Panjang Untuk
Mahathir saya dapati kebanyakannya adalah rakaman peristiwa pada ketika itu,
atau pada zaman yang dilalui oleh pengarangnya. Demikianlah sasterawan, menjadi
perakam dan pelukis pada zamannya.
Puisi beliau “Suatu Waktu Beberapa Tahun Lalu” jelas
merakamkan keraguan orang ramai terhadap visi Mahathir. Beliau memulakan bait
pertama di perenggan awalnya dengan ungkapan: “Suatu waktu dia menjadi orang
tidak difahami”. Beliau melahirkan kebimbangannya dan juga keresahan orang
ramai terhadap tindak-tanduk Mahathir yang menjurus ke arah kediktatoran.
Perhatikan rangkap ini:
Suatu waktu dia menjadi orang yang tidak difahami
Beberapa tahun yang lalu.
Mengumpul rakyat seluruh
negeri – Semarak – menyerahkan taat setia kepadanya
Kata mereka orang yang suka melihat orang berkumpul
begitu itulah ciri diktator. Itu dia menunjukkan taringnya
menentang taring raja-raja. Tidak cukup dengan kuasanya
itulah ciri diktator.

Tetapi beliau mengakhiri sajaknya itu dengan menyanjung
Mahathir dan mengenepikan kebimbangan orang ramai pada ketika itu. Lihat
ungkapan penutup sajaknya:
Soalnya – bagaimanakah semua yang serba jelik itu
bertukar menjadi cantik gemilang. Inilah
cerita seorang pemimpin
Dalam sajak berjudul “Mereka Bercerita Tentang Mahathir” Dinsman melukiskan dengan jelas dan terang cemuhan dan cercaan orang ramai terhadap Mahathir. Namun beliau masih tidak menerima cemuhaan ini, sebaliknya terus memuji Mahathir dengan ungkapan:
Ya walau apa pun, saya salah seorang
yang mengkaguminya, mendoakan kesihatannya
mengharapkan dia terus memimpin
beberapa tahun lagi
Dinsman juga melakarkan sikap Mahathir yang kerap bertindak di luar jangkaan dan membiarkan orang ramai serta penganalisis politik membuat pelbagai andaian terhadap tindakan yang bakal diambil. Bekas hakim Harun Hashim menyifatkan Mahathir “A genius in art of possible”. Ini dapat kita ikuti dalam sajaknya “Sebuah Biografi”, di peranggan akhir yang berbunyi:
Sepanjang kariernya sebagai Perdana Menteri
selalu dia membiarkan pintu-pintu andaian terbuka
orang pun sibuk menebar aneka andaian sambil menanti
saat yang khas
istimewa di luar dugaan sesiapa
Mahathir menggunakan kunci rahsianya
membuka pintu yang di luar andaian
Sajaknya berjudul “Puisi Panjang Untuk Mahathir” sebenarnya memberi peringatan kepada Mahathir supaya berwaspada apabila memegang kuasa. Dinsman seolah-olah meragui tentang kekagumannya terhadap Mahathir dengan mengungkapkan: “engkaukah yang berjaya atau akukah yang tergoda?”
Dalam perenggan lain Dinsman melahirkan kebimbangannya terhadap misi dan visi Mahathir yang sudah nampak mirip ke arah materialistik. Perhatikan ungkapan ini:
… Sekarang ini tv sudah jadi
barang perlu dalam hidup, radio telefon motokar suratkhabar dapur gas campur rumah
jumlah semuanya berapa sebulan?… …Kerja lapan jam sehari sudah tidak
cukup lagi jadi dua belas jam jadi enam belas
jam jadi dua puluh jam masih ada juga lagi
yang belum dapat dan akhirnya dua puluh
empat jam sehari semalam pun belum juga cukup
mahu punya itu mahu punya ini mahu jadi itu
mahu jadi ini. Hey!
Dinsman jadi keliru dengan nilai kehidupan dan sekaligus mengakhiri sajaknya dengan menasihati kepimpinan Dr Mahathir:
Sekian lama kami keliru dengan nilai kehidupan
jangan lagi kau tambahkan kekeliruan ini
Pemimpin Perdana
apabila jadi pemimpin, hati-hatilah
apabila benar berani berani juga
akui apabila salah
kerana yang lebih berhak ke atas kami
kamilah sendiri
Sajak ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1983. Dalam sajak “Puisi Panjang Untuk Mahathir (11)” Dinsman makin jelas mula meragui kewibawaan Mahathir sebagai pemimpin agung. Tindak-tanduk Mahathir yang mula menunjukkan belangnya menjadi kritikan Dinsman. Lihat ungkapan ini:
Engkau pun memiliki kepala diktator memiliki
hati batu yang pantang ditegur kecuali semua mahumu
dituruti dipatuhi tanpa tanya demi menegakkan
mimpi membina empayar agung di atas bumi ini
menundukkan seluruh manusia yang bernyawa
atas nama marwah dan martabat bangsa
negara dan agamamu
Dinsman menegur dan memberi peringatan kepada Mahathir dengan menasihatinya:
“…betapa tulus pun hasrat seorang Perdana Menteri
kerana masih bernama manusia
dia pun tak mungkin tidak berbuat salah”.
“Puisi Panjang Untuk Mahathir (111)” menceritakan tentang kekalahan Umno/BN di Kelantan yang tidak memenangi satu kerusi pun. Dinsman agak pelik bagaimana Kelantan boleh jatuh ke tangan PAS kesemua kerusi yang dipertandingkan, sekiranya benar kepimpinan Mahathir dihormati dan dihargai. Kewibawaan kepimpinan Mahathir menimbulkan keraguan Dinsman. Cuba lihat ungkapan ini
Belum pernah terjadi dalam sejarah negara
ada sebuah negeri rakyatnya bagai sepakat semua
tidak memilih walau seorang orang pilihanmu
sewaktu pimpinanmu ini terjadi
Lihat bagaimana Dinsman membandingkan ketokohan Nik Aziz yang menjadi faktor utama kemenangan PAS di Kelantan dengan pemimpin-pemimpin Umno/BN:
…mungkin Nik Aziz tanpa ketokohan, tetapi mereka
melihatnya seorang tok guru mulia tidak angkuh
tidak rasuah tidak sombong tidak bermegah-mewah
tidak membazir tidak terasing dari marhaen
Dinsman sudah mula melihat kepura-puraan dalam kepimpinan Mahathir. Kejatuhan moral anak muda dan pemimpin Umno/BN sendiri menjadi persoalan Dinsman. Tiada keseriusan Mahathir dalam menangani keruntuhan moral ini.
Sudah bertahun-tahun
kita mengejar hantu
di rumah besar ini
Bukan aku menyindir
aku meminta perhatian serius
akhlak anak remaja yang kehilangan
Lalu Dinsman mencadangkan:
Sudah bertahun-tahun
kita bermain dengan bayang-bayang
di bumi subur ini
Mari kita perkukuh pancang keinsanan
pada bumi subur di sekolah
Mungkin kerana peringatan dan tegurannya tidak dipedulikan oleh Mahathir, ditambah dengan peristiwa penyingkiran dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim, pendirian Dinsman terhadap Mahathir berpusing 360 darjah. Beliau mula memasuki gelanggang baru, gelanggang yang khalayaknya bukan orang sastera tetapi penyokong parti politik. Dinsman berjaya menarik perhatian khalayak ini dan dalam setiap majlis yang beliau membaca puisi, biasanya majlis ceramah politik, khalayak yang hadir berjumlah ribuan. Puisinya yang bertajuk “Macam Orang Gila” pernah dibacakan di hadapan khalayak lebih 10,000 orang.
Kumpulan puisi Macam Orang Gila yang memuatkan 55 buah sajak beliau yang dinamakan sajak reformasi, menunjukkan simpatinya terhadap Anwar Ibrahim dan keluarganya. Tidak terkecuali juga beliau mengkritik parti politik pimpinan Mahathir, badan kehakiman, peristiwa lebam mata Anwar yang ditumbuk oleh Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara.
Dan yang paling Dinsman kecewa ialah pendirian teman-teman penulis dan sasterawan yang sama-sama berjuang dalam isu Keranda 152 dan Teluk Gong tidak berani bersama-samanya berjuang menentang kezaliman. Sajaknya “Dosa-dosa Pembohongan” mengguris rasa kesal dan kecewanya terhadap teman-teman penulis dan wartawan yang membisu seribu bahasa terhadap kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir. Demikian kekesalan Dinsman seperti yang diungkapkannya dalam sajak tersebut:
Tiga puluh dua bulan aku bermenung
berfikir - apa yang sedang berlaku
aku melihat kezaliman di depan mata
mataku dan mata sahabat-sahabatku
mereka tiba-tiba
seperti tidak melihatnya
Dinsman bertambah kesal, di antara sahabat-sahabatnya itu ada guru-gurunya yang mengajar erti kemanusiaan, keadilan dan prinsip. Kata Dinsman:
mereka sahabat-sahabatku
di antara mereka ada jua guruku
mengajarku kemanusiaan keadilan, prinsip
hari ini mereka berbohong
bersama-sama para penjawat jawatan
apakah itu bukan namanya konspirasi?
Dinsman amat tegar dengan pendirian dan idealismenya. Dalam dia memuji dan menghargai kepimpinan atau individu, dia tidak segan silu menegur sekiranya mereka perlu ditegur. Baginya apa pun yang dicop oleh teman-teman penulis tidak memberi kesan kepada prinsip perjuangannya. Prinsip pokoknya ialah memperjuangkan keadilan, bukan saja keadilan politik tetapi keadilan sosial, ekonomi dan kemanusiaan. Dalam hal ini penulis atau sasterawan perlu berani menyatakan sikap. Bersembunyi dan berselindung dengan pelbagai alasan tanpa berani melahirkan sikap adalah ‘dayus’.
Namun memuji dan menyanjung berlebihan seseorang pemimpin atau individu akan memerangkap penulis dalam keadaan serba salah apabila individu itu berubah sikap. Kerana adalah lumrah tabiat manusia amat rapuh dan mudah berubah. Kewajaran memuji dan memuja perlu ada garisan dan had batasannya. Jika tidak, kita akan dianggap ‘taksub’.
______________________
Terbitan : 1 Sept 2002

2.
Sejak peristiwa hitam September 1998, agaknya berapa ramaikah yang telah berhijrah - seperti Dinsman? Atau masih ramai yang cukup selesa berada di sebelah sana? Apakah yang nasionalis tegar itu akan terus kekal dan mati hanya dalam rumah nasionalisnya?
No comments:
Post a Comment