Friday, July 26, 2013

Berpatah balik 360 darjah



Atau bersalin kulitkah ia? 







(http://yourshot.nationalgeographic.com/photos/1530236/
Penkdix Palme (Jember, East Java, Indonesia Member since 2013)

 
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/236675

PERKASA jumpa PM sampai pandangan orang Melayu

7:21AM Jul 25 2013


Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bagi menyuarakan apa yang dianggapnya sebagai kebimbangan orang Melayu berhubung pelbagai isu semasa seperti meritokrasi, pendidikan, ekonomi dan agama.
  
Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pandangan mereka disampaikan oleh 10 anggota barisan kepimpinan PERKASA dengan penuh ikhlas dan beremosi dalam pertemuan kira-kira sejam itu yang bermula pukul 5 petang.
  
Beliau berkata, PERKASA amat berpuas hati kerana dapat bersemuka dengan perdana menteri untuk menyampaikan sendiri rasa bimbang orang Melayu dalam pelbagai isu dalam negara ketika ini.
  
"Kami suarakan pandangan kami sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan suara Melayu, manakala perdana menteri memberikan pendapatnya sebagai ketua negara," katanya kepada pemberita sejurus selepas perjumpaan itu di Putrajaya.

- Bernama


1.0  Di atas ialah berita Bernama tentang penghormatan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi negara kepada sebuah NGO Melayu, PERKASA.  Sebuah NGO yang kelihatannya tak pernah teragak-agak dalam memperjuangkan nasib orang-orang Melayu.  Sebuah NGO Melayu yang kelihatannya tersangatlah tinggi tingkat kepahlawanannya demi menjaga nasib dan masa depan orang-orang Melayu.  Katanya demi orang-orang Melayu, berkali-kali PERKASA bangun bersuara dengan segala macam aksinya yang membuat sesetengah orang-orang Melayu tersipu-sipu dan serba salah.  Soalan yang timbul ialah:  Betulkah ini cara terbaik lagi Islamik untuk orang-orang Melayu?   

2.0  Selalunya berita segala aksi PERKASA ini, penulis imbas sekali lalu.  Dan selalunya tak pernah tergerak pula untuk memberikan sebarang reaksi.  Dalam pergaulan dengan teman-teman,  pernah meluncur juga komen-komen seperti, “Jangan main-main, dia itu penyokong kuat PERKASA” atau “Cara menyelamatkan Melayu ialah caranya PERKASA”.   Entah kenapa tatkala membaca berita di atas, tergerak pula hati untuk menyatakan sikap, lalu saya tulis sepucuk emel untuk ulasan seorang teman.  Saya petik sebahagian daripada surat tersebut untuk renungan bersama:


 “1.0 Apakah yang telah berlaku selama ini?


1.1 PERKASA itu NGO yang istimewa yang diberikan kedudukan istimewa oleh Kerajaan hari ini.  Apa saja yang dilakukan oleh PERKASA tidak dapat disentuh oleh peraturan atau pun undang-undang.  Pendek kata, PERKASA kebal.  Kenapakah agaknya terjadi begitu?

1.2 PERKASA sentiasa mendabik dada dan bercakap atas nama Melayu.  Di mana saja, sejak kemunculannya NGO ini tampil membawa hujah bahawa ia bersuara demi untuk Melayu.  Supaya lengkap dan ada nada@roh agamanya, biasanya ‘Melayu’ itu disandingkan menjadi ‘Melayu-Islam’. Siapakah yang membenarkan semua ini berlaku?  Sejak bila Melayu di negara ini mewakilkan kuasa mereka kepada PERKASA?  Kerajaan hari ini jelas memperlihatkan kepada rakyat Malaysia bahawa PERKASA itu diiktiraf sebagai suara Melayu-Islam.  (Petikan yang disertakan di atas ialah salah satu buktinya.  Apakah NGO seperti Paksi dibenarkan masuk ke gelanggang, duduk bersimpuh, lalu makan setalam dengan ketua kerajaan hari ini?).  Kenapakah PERKASA yang diberikan lesen besar  mewakil Melayu itu?  Agaknya kenapakah begitu jadinya?


2.0 Apakah tidak wajar kita bertanya, misalnya:

2.1 Menyoal Kerjaaan hari ini, apakah benar ada semacam pengiktirafan tak bertulis bahawa PERKASA mewakili suara Melayu? 

2.2 Menyoal Kerajaan hari ini kenapakah kelihatannya PERKASA sering diberikan perlindungan@tidak lut peraturan dan undang-undang negara seperti Akta Hasutan?

2.3 Meneliti semula secara kritis sikap kita yang membiarkan (baca: membenar) PERKASA berbuat pelbagai aksi dan tingkah songsang atas nama Melayu dan Islam.  Apakah kita semua harus berdiam diri seolah-olah bersetuju dengan segala perbuatan PERKASA itu?  Jika jawapannya ialah “TIDAK”,  apakah tindakan kita yang sewajarnya?


3.0  Entah apakah mimpinya, entah akal mulus siapa gerangannya dan entah kenapakah agaknya, hari ini tiba-tiba saja ia berpatah balik,  360º.  Benarlah,  politik itu seni sepak terajang yang teramat seni sehinggakan katak pun berhenti beruak-uak!



“PERKASA kini bergabung dengan NGO Cina, India

3:33PM Jul 26 2013

Selepas dilabelkan pelbagai pihak sebagai perkauman, kumpulan pendesak Melayu PERKASA kini mengambil langkah drastik dengan bersama NGO mewakili kaum Cina dan India dalam sebuah gabungan baru.

Gabungan itu, yang dilancarkan di Kuala Lumpur lewat petang ini dikenali sebagai Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac).

Pelancaran itu akan diikuti dengan majlis berbuka puasa”.





No comments: