Sunday, July 28, 2013

Ya betul, "Once we were beautiful"



Tanda-tanda@symptoms sebagai isyarat penyakit


Sebelum kita demam sepenuhnya, bukankah sudah ada tanda-tanda bahawa kita akan demam? Misalnya kita dapat merasakan yang suhu badan lebih panas daripada biasa, hidung mungkin berair, tekak kering dan seluruh badan sakit-sakitan. 

Apabila seorang ibu yang terkejut besar lalu mengeposkan gambar bagaimana anak-anak yang bukan Islam dipersilakan menjamu selera di dalam ‘jamban’ yang ‘diubahsuai’,  apakah itu suhu badan yang meningkat atau apakah itu serangan virus maut?

Bukankah proses membina kantin sementara, mengepos berita, tanggapan serta ‘bom-bom reaksi’ dan juga tidak beraksinya@diamnya sesetengah pihak, termasuk akhbar digital yang terkenal adalah tanda-tanda ‘sakit’nya kita sebagai sebuah negara?

Kenapakah kita sudah sampai ke peringkat ini?  Apakah sebabnya kita sudah sampai ke tahap ini?  Mungkin soalan yang paling sesuai bagaimanakah kita ubati penyakit yang sedang menyerang kita itu?  Apakah kita akan musnah dek perbuatan kita sendiri?




Nota: perihal ‘bom-bom reaksi’ ini, sila baca komen dan ulasan para pembaca pelbagai akhbar digital.  Dalam konteks ini, tulisan sdr Zulkifli Sulong bertajuk ‘Makan dalam tandas’, lahirkan persepsi salah’ dalam Detikdaily:  http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=27992

sedikit berbeza.  Penulis cuba menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku. 



Sementara surat pembaca oleh sdr Rama Ramanathan “Can we stop ranting about the shower canteen?” http://www.malaysiakini.com/letters/236803 antara lain merujuk kesedihan Art Harun “Once we were beautiful” dan padangan juga Zaid Ibrahim.  Ram menyatakan kesedihannya melihat nasib dan masa depan kita sebagai satu bangsa.  Di sana ada petunjuk kenapakah kita sudah sampai ke peringkat ini.  Ya, siapakah yang tidak bersedih tinggal dalam sebuah negara yang sedang sakit tenat?




No comments: