Saturday, August 17, 2013

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Desak Pemberhentian Segera Pembunuhan di Mesir



KENYATAAN MEDIA GBM


Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) Desak Pemberhentian Segera Pembunuhan di Mesir
16 Ogos 2013

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) menggesa rakyat Malaysia untuk mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Mesir yang tidak bersalah dalam tindakan ganas terkini ke atas penentang kerajaan sementara yang tidak sah di Mesir.
 
GBM kesal dengan sikap acuh tak acuh dan kebisuan masyarakat antarabangsa terhadap rampasan tentera dan pembunuhan terdahulu yang kini membawa kepada pembunuhan beramai-ramai yang ngeri.

Kegagalan masyarakat antarabangsa untuk menegakkan rukun-rukun asas demokrasi dan hak asasi manusia di Mesir telah bertanggungjawab secara langsung di atas pembunuhan berdarah tersebut.

Peranan beberapa negara di Barat dan petro-monarki negara Teluk yang membolot daripada pembunuhan tersebut layak menerima kecaman khas.

GBM mendesak:

Semua negara dan rakyat yang percaya kepada pilihan raya yang adil dan bebas serta keabsahan yang dibawa oleh demokrasi, untuk utuh menyokong penentang rejim tentera di Mesir dan membantu ke arah pemulihan demokrasi

 Semua pembunuhan dihentikan serta merta dan pihak Tentera untuk kembali ke berek mereka

 Presiden yang dipilih secara demokratik dikembalikan semula dengan segera

Parlimen dan penggubal undang-undang yang dipilih untuk segera meneruskan kewajipan legislatif mereka untuk menegakkan kehormatan Perlembagaan Mesir


 GBM MENGGESA KERAJAAN MALAYSIA UNTUK:

Mengecam pembunuhan terkutuk di Mesir dan menuntut pemberhentian sebarang pembunuhan serta kekejaman ke atas penunjuk perasaan yang aman

 Mengutuk rampasan tentera dan kerajaan tidak sah serta mendesak pengembalian semula Presiden yang dilantik secara demokratik dan semua penggubal undang-undang
 
Mempengaruhi negara-negara OIC untuk mengkaji semula keahlian Mesir

Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyegerakan usaha antarabangsa bagi menghentikan pembunuhan

Dikeluarkan oleh Majlis Eksekutif Gabungan Bertindak Malaysia


** Nota: GBM terdiri daripada 25 pertubuhan bukan kerajaan di bawah:

 Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 
吉隆坡暨雪兰莪中华大会堂
  
Aliran 国民醒觉运动

Tamil Foundation 淡米尔基金会

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) 马来西亚回教革新理事会

Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha; Krisitian; Hindu; Sikh dan Tao (MPMA-BKHST)马来西亚五大宗教理事会

Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH) 森美兰中华大会堂

Penang Chinese Town Hall (PGCTH) 槟城华人大会堂

The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ) 柔佛中华总会
 
Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG) 连玉基金

United Chinese School Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM) 马来西亚华校校友会联合会总会

Muslim Professionals Forum (MPF) 穆斯林专业论坛
 
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 人民之声

Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS) 社区传播中心
 
Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 马来西亚之子

Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas) 雪隆社区协会
 
National Indian Rights Action Team (NIAT) 全国印裔权益行动组织

People’s Green Coalition (PGC) 马来西亚人民绿色联盟

Anak Muda Sarawak (AMS) 砂拉越青年之子

All Women’s Action Society (AWAM) 妇女行动协会

Partners in Community Organising (Pacos Trust) 沙巴社区伙伴信托组织

Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua) 马来西亚留华同学会

Nanyang University Alumni Malaya (Nanda) 马来亚南大校友会

Japan Graduates Association, Malaysia (JAGAM) 马来西亚留日同学会

Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM) 马来西亚留台校友会联合总会

Islamic Renaissance Front (IRF) 回教复兴前线组织