Sunday, August 4, 2013

Inilah politik: Kuasa dan merengkuhnya



Meneliti Rasional Menteri Besar Ahmad Said
(Inilah politik; kaedah mendapatkan kuasa dan merengkuhnya ― selama-lamanya)


KUALA BESUT Terengganu Menteri Besar Ahmad Said has defended the practice of giving projects to cronies, saying that it is a matter of political survival.

"We must put our people first, and it's not about cronyism. It can't be that Umno people give (projects) to PAS; they get the money and come to finish us off.

"If I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in power," Ahmad said at a press conference close to midnight last night.


2.0  Mesej pemimpin adalah dasar Kerajaan yang memerintah


2.1 Dalam sesebuah organisasi/institusi termasuk parti-parti politik kata-kata pemimpinnya,  lebih-lebih lagi kata-kata pemimpin tertingginya menggambarkan pandangan, tanggapan dan sikap sesebuah organisasi itu terhadap sesuatu isu atau masalah.  Yang jelas kata-kata sang pemimpin ini mencerminkan isi hati dan juga pemikiran yang biasanya menentukan dasar serta halatuju organisasi tersebut.  

2.2  Kata-kata yang diucapkan oleh seorang pemimpin dalam sidang media mungkin juga disalahtafsirkan oleh wartawan sehinggakan berita sebenar yang mahu disampaikan itu terpesong.  Untuk membetulkan niat berita yang terpesong atau dipesongkan ini,  tentu saja pemimpin yang berkenaan berupaya untuk memperbetulkan.    

2.3 Sekiranya tidak ada sebarang pembetulan yang dibuat,  maka seluruh khalayak pembaca faham bahawa apa yang telah disampaikan oleh pemimpin organisasi itu tepat dan benar belaka.  Sebagai contoh kita tentu masih ingat lagi dengan kata-kata TPM, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sesungguhnya:

“... He is a Malay first but that does not mean that he is not a Malaysian at heart.  He said he would be shunned by all the Malays if he were to say that he is a Malaysian first and a Malay second”.

http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=%2f2010%2f4%2f1%2fnation%2f5976477
Muhyiddin: I am a Malay first and Malaysian at heart, By KAREN CHAPMAN

Bagi seluruh rakyat Malaysia ini adalah pendirian rasmi seorang pemimpin tertinggi mereka.  Sehingga ke saat ini,  ramai pembaca serta pengamat yang terkilan dan berpendapat bahawa pendirian seperti ini tidaklah sihat dan tidak tepat ‘dianuti’ oleh seorang pemimpin negara. 



3.0  Mesej apakah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Ahmad Said itu dalam sidang akhbarnya di Kuala Besut? 


3.1 Jika laporan sidang media sepertimana dalam petikan di atas, dalam konteks ini Malaysiakini, tepat dan kenyataan media oleh Menteri Besar Ahmad Said itu tidak diperbetulkan atau dinafikan oleh Menteri Besar Ahmad Said  atau pihak atasannya sendiri, maka ini bermakna inilah dasar kerajaan negeri yang diperintah oleh Menteri Besar Ahmad Said itu.  Dan sepanjang yang kita fahami, apakah benar jika kita katakan bahawa dasar ini mendapat restu dan dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi negara?  Bukankah sehingga ke saat ini tidak ada sebarang teguran atau pembetulan berhubung dasar Menteri Besar Ahmad Said yang telah dibuatnya secara terbuka di Kuala Besut itu?

3.2   Dalam peraturan rasmi tatacara perolehan Kerajaan Perbendaharaan Malaysia,  terdapat peraturan dan prosedur perolehan tertentu yang sudahpun sekian lama digunapakai di negara kita, termasuk kerajaan-kerajaan negeri.  Di antara prinsip utama perolehan kerajaan yang digariskan oleh Perbendaharaan Malaysia secara rasmi itu ialah:

Akauntabiliti awam (public accountability),
Diuruskan secara telus (transparent),
Nilai faedah yang terbaik (best value for money),
Saingan terbuka (open competition)
Serta adil dan saksama (fair dealing).


4.0  Senarai soalan kita

4.1 Apakah ini bermakna bahawa secara tersirat (dan tersurat?)  bahawa segala peraturan, prosedur, dasar dan lain-lain yang sedia ada berhubung tatacara perolehan itu tidak lagi terpakai di Negeri Terengganu?  Jika jawapannya, “YA” apakah peranan dan fungsi pelbagai agensi, Jabatan dan institusi yang bertanggungjawab untuk mengurus perolehan di negara ini?

4.2  Dengan terpakainya “keadah Menteri Besar Ahmad Said” dalam urusan perolehan kerajaan negeri, apakah ini bermakna bahawa objektif bertulis perolehan kerajaan Negeri Terengganu itu telahpun berubah?  Untuk perhatian dikatakan bahawa objektif tersebut ialah seperti berikut:

“Best value for money.
Kualiti yang terjamin.
Kuantiti yang dikehendaki dan berterusan.
Sebagai alat untuk mencapai dasar Kerajaan.
Menggalakkan pertumbuhan industri tempatan.
Pemindahan teknologi.
Menjimatkan pertukaran wang asing”.



4.1  Apa-Siapakah yang sepatutnya membetulkan keadaan ini?

Apakah pihak yang wajar membetulkan keadaan ini ialah Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara, Setiausaha Kerajaan Negeri, Audit, Dewan Undangan Negeri sekadar menyebut beberapa nama?


5.0 Penutup: Saranan untuk pemuda Pakatan Rakyat

Demi khazanah negeri yang telah diamanahkan ke atas bahunya para pemimpin dan demi untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat, khususnya rakyat Terengganu kita sarankan supaya mesej tentang kuasa dan penyalahgunaannya sepertimana yang diisytiharkan oleh Menteri Besar Ahmad Said didakwahkan kepada seluruh lapisan rakyat, khususnya mereka di luar bandar.  Dakwah yang menerangkan kepada seluruh rakyat negeri bahawa pemikiran ala "If I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in power," itu TIDAK BETUL dan mestilah diperbetulkan.  Yang dapat membetulkan pemikiran yang salah lagi songsang seperti ini hanyalah rakyat yang FAHAM.

Sesungguhnya jika dan sekiranya dakwah untuk memberikan keFAHAMan seperti ini disampaikan secara berterusan dan bersungguh-sungguh,  kita yakin dan percaya akhirnya rakyat di luar bandar juga akan yakin kenapa kuasa itu tidak boleh ditukar ganti, misalnya dengan duit minyak untuk balik mengundi.

__________________________________________________________________________

Terjemahan bebas ungkapan: "If I want a project done, need a contractor and give it to a PAS contractor, then I'm stupid. This is politics. (It is) about getting power and staying in power," ialah begini:

Jika saya mahu melaksanakan sesuatu projek dan perlukan pemborong dan saya berikan kerja kontrak itu kepada pemborong Pas ― bodohlah saya.  Ini yang dikatakan politik.  Politik ialah  kaedah mendapat kuasa dan terus mengekalkan kuasa itu.




No comments: