Monday, August 5, 2013

Erdogan







Berikut ialah petikan buku yang diterbitkan oleh Sdr Ahmad Muhajir untuk renungan bersama.

Syarif Taghian, Recep Tayyip Erdogan, Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd. 2013: 22-23 


Kebiasaan Erdogan sejak menjadi Datuk Bandar Istanbul Raya hingga menjadi Perdana Menteri pada bulan Mac 2003, adalah memastikan untuk selalu berbuka puasa selama bulan Ramadan bersama keluarga fakir miskin ditemani isterinya, Emine.  Dia juga berkongsi makanan bersama orang miskin dan dilihat akrab dengan mereka.

Kebiasaan mulia ini telah dimuatkan dalam salah satu media Turki edisi 25 Ogos 2009 yang menceritakan, “Bersamaan dengan azan Maghrib, Edorgan mengetuk pintu rumah seorang nenek yang bernama Aisyah Oljun yang tinggal di desa Bagjilar, daerah Ankara ibu kota Turki.  Nenek tersebut tidak percaya dan mengusap kedua matanya ketika melihat wajah orang yang mengetuk pintunya.  Dia adalah Perdana Menteri Erdogan yang datang untuk berbuka puasa di rumahnya dan menanyakan tentang keadaannya. 

Setelah Erdogan berbuka puasa, dia menanyakan keadaan nenek tersebut dan menanyakan apa yang diperlukannya, sama ada berupa materi atau bantuan lain.  Erdogan juga mengunjungi tiga buah rumah di sekitar rumah nenek tersebut.  Ketika mengunjungi salah satu dari ketiga-tiga rumah tersebut, masuklah Datuk Bandar bernama Bektas dan dia duduk bersamanya.

Kemudian Erdogan berkata kepada Datuk Bandar tersebut, “Aku meminta sesuatu kepadamu malam ini.” Datuk Bandar pun menjawab. “Silakan yang mulia.”  Lalu Erdogan menghulurkan tangannya dan memasukkannya ke dalam poket Datuk Bandar.  Dia mendapati sebungkus rokok seraya berkata, “Kamu tinggalkan rokok ini mulai sekarang!” Datuk Bandar itu terkejut kerana dia harus menerima permintaan Erdogan.  Datuk Bandar pun meminta izin agar bungkusan ini menjadi bungkusan rokok terakhir yang dihisapnya.  Erdogan menolak dan dia tetap memegang bungkus rokok tersebut, lalu menulis nama datuk bandar, tanggal dan meletakkan tanda tangan pada bungkusan rokok tersebut.  Kemudian memberikan rokok tersebut kepada ketua pegawai, dan memintanya menyimpan bungkusan rokok tersebut di Muzium Rokok untuk dijadikan koleksi.”

Dari hari ke hari Erdogan merasa dirinya adalah milik rakyat bukan elit politik yang tinggal di menara gading, yang hanya mementingkan organisasi dan berbicara tentang hal-hal yang tidak difahami masyarakat.  Dia menjadi lebih dekat dengan rakyat.  Sejak tahun 2006 rakyat bebas berbicara dengan Perdana Menteri melalui talian bebas tol untuk mengajukan saranan dan keluhan.



                 

No comments: