Saturday, October 5, 2013

The BIG EE and its legacy?



Modus Operandi EE Besar dan zuriatnya EE Kecil
(Bukannya kisah Pulau Kentut Kecil dan Kentut Besar di Kedah)


Kalaulah orang-orang Melayu itu sejenis tanaman, ia boleh kita diibaratkan sebagai sejenis spesies tanaman yang ‘dijaga’ dengan ‘bersungguh-sungguh’ dan ‘penuh kasih sayang’ kerana ia sejenis tanaman yang bernama Melayu. 


Jika Malaysia itu sebuah ladang yang besar, Melayu adalah tanaman yang dilindungi dan memperolehi perlindungan yang total.  Dan jangan terkejut tanaman yang bernama Melayu ini akan menjadi rebutan para peladang.  Spesies tanaman yang bernama Melayu ini menjadi rebutan untuk diberikan perlindungan yang menyeluruh.  Katanya tanaman yang bernama Melayu ini mesti dilindungi  supaya tidak pupus.

Orang-orang Melayu (bukan tanaman tapi ia benar-benar satu bangsa ‘peribumi’ yang dalam kehidupan sehariannya bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan budaya dan cara hidup orang-orang Melayu dan yang beragama Islam.  Ia adalah satu bangsa yang dilindungi secara total@menyeluruh di Malaysia) percaya bahawa perlindungan total ini mestilah diberikan sekiranya sesiapa saja berhasrat memperolehi mandat dan kuasa untuk menjaga ladang yang namanya Malaysia.  Bagi orang-orang Melayu, ini adalah prasyarat yang tersangat penting untuk menjaga Melayu.  Bagi orang-orang Melayu,  ini satu syarat yang tidak boleh ditolak ansur sama sekali.  Ia wujud dalam perlembagaan Malaysia.


2.0 Oleh kerana itu siapa saja yang mahu diberikan mandat untuk menjaga ladang besar yang namanya Malaysia itu mestilah betul-betul arif dengan syarat dan klausa yang maha penting ini.  Mereka yang ‘cerdik’ dan ‘berpandangan jauh’ di kalangan rakyat Malaysia mestilah mencari jalan supaya dia cepat-cepat ‘menjadi atau menjadikan dirinya’ diiktiraf sebagai Melayu.  Tukar Tiub yang biasanya ‘ sosialis dan sangat nakal’ itu selalu saja dan berulang kali berkata bahawa ramai sekali EE menggunakan kaedah ini untuk dilantik menjadi penjaga ladang yang namanya Malaysia.  Sebenarnya di samping EE,  terdapat juga orang-orang Cina yang benar-benar mahu menjadi Melayu sehingga memasuki Melayu tulen (termasuk ...)  dan muncul di atas pentasnya Melayu.


3.0  Begitulah keadaan ‘psikik semula jadi dan kekal (?)’ orang-orang yang namanya Melayu itu.  Sebagai satu kelompok bangsa, orang-orang Melayu ini yakin dan percaya bahawa bangsanya mestilah diberikan hak milik istimewa yang mestilah dimaktubkan (sejak azali lagi) di dalam perlembagaan negaranya.   Ini semua dilakukan supaya bangsa Melayu itu sebagai satu spesies hidupan tidak dapat tidak mestilah dilindungi supaya ia tidak terancam lalu pupus.


4.0  Orang-orang Umno termasuklah segala macam EE dan zuriatnya itu faham dan arif benar dengan psikik orang-orang Melayu tulen ini. Di zaman Tunku,  EE Besar telah menggunakan kaedah ini untuk memanjat takhta.  Sekarang ini EE Kecil, zuriatnya EE Besar sedang melaku perkara yang sama untuk menaiki takhta.  Orang-orang Melayu yang akan memilih siapakah yang akhirnya menjadi penjaga ladang dan tanaman yang namanya Melayu itu tidak begitu peduli kerana mereka pasti diberikan habuannya.  Apakah tuan fikir begitu mudah seseorang itu dilantik sebagai penjaga?  Misalnya menjadi Penjaga yang diberikan kunci rumah Haji?


5.0 Orang PAS yang tulen (lebih-lebih lagi para ulamaknya, baik yang muda lebih-lebih lagi yang tua-tua umurnya seperti saya ini) perlulah mengkaji cara dan kaedah untuk memerangi kefahaman yang sangat tidak Islamik ini.  Islam perlu dimanfatkan untuk membetulkan segala pegangan yang songsang seperti ini.  Orang-orang Melayu yang marhaen yang bukan ahli Umno yang tidak berada dalam ‘the inner circle’nya penjaga ladang juga perlu hidup dan tidak didera oleh satu pemerintah yang zalim.  Orang-orang yang bukan Melayu yang bukan Islam juga adalah rakyat yang mesti dilindungi oleh Islam.  Apakah ini terlalu sukar untuk disandarkan  harapan seperti ini?  Makanya kita berseru, usah terlalu ghairah dengan bilangan kerusi yang PAS patut perolehi dan juga kebimbangan dan bahaya jika PAS tidak akan dominan. Bukankah mendahulukan dan MENTERJEMAHKAN ISLAM itu DALAM KEHIDUPAN (contohnya  TGNA) itu lebih utama daripada persoalan dominance dan kuasa?  Or is it just wishful (baca: plain stupid@bodoh) thinking from a man who knows nothing about politics and its power?


Wallahuaklam.


No comments: