Friday, December 27, 2013

'Diam' sambil bertelanjang bulat



Sandiwara Telanjang Bulat Kepimpinan Negara 




BERITA SATU


Sumber: Malaysian Insider 23 Disember 2013, 02:35 pm 
“Nasib Perkasa di tangan Umno, kata Isa Samad”
Oleh: Diyana Ibrahim


"Nasib dia (Perkasa) pun kita bela, bagaimana mereka hendak menggantikan Umno, ini satu kenyataan yang berbaur emosi," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sijil Majlis Graduasi, di Menara Felda Kuala Lumpur, hari ini.

Pengerusi Felda Holding itu berkata, tidak kira Perkasa atau mana-mana pihak sekali pun harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi oleh kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman”.



BERITA KEDUA

Sumber: The Malaysian Insider, 25 Disember 2013
Perkasa akui terima bantuan kerajaan, tapi tidak sebanyak NGO bukan Melayu
Oleh: Hasbullah Awang Chik


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad tetapi menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata Isa perlu menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

“Perkasa harap Isa dapat senaraikan jumlah bantuan yang diberi kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa.




No comments: