Thursday, January 2, 2014

'HANTU', 'JANGAN' DAN 'GULING'



AIMAN BERGULING-GULING









Selangor police seize 56 'provocative' T-shirts

Bernama 4:33PM Dec 31, 2013


Police seized 56 T-shirts yesterday with provocative messages, presumably intended to be worn for the illegal assembly on the eve of New Year, today.


2.0 Hantu dan jembalang 


Maghrib baru muncul.  Seorang ibu takut kalau-kalau anaknya merayau-rayau di luar rumah apabila hari semakin gelap.  Dia takut kalau-kalau anaknya disembunyikan oleh hantu jembalang.  Dia takut ada orang bunian menjadi ghairah setelah melihat anaknya yang comel itu di dunia manusia.  Nanti anaknya kena sorok@culik bunian.  Maklumlah,  mereka semua manusia yang tinggal di bandar besar.  Takut juga semasa berada di kampung yang jauh di pendalaman begini, hantu, jembalang dan bunian berminat.  Lalu sang ibu memilih taktik menakut-nakutkan anaknya.

"JANGAN!  Jangan main-main waktu maghrib!! Ada hantu.!!"

Siang tadi dia puas menjerit-jerit dan BERJANGAN setelah melihat anaknya asyik sekali mahu memanjat pohon jambu di depan laman.  Ayahnya juga bimbang,  takut kalau-kalau Aiman yang baru berusia empat tahun itu jatuh dan cedera kerana memanjat pokok jambu.

"Tak apa,  esok abah tebang pokok jambunya".  Pokok jambu di laman rumah yang sepanjang tahun sangat lebat buahnya.

Siang tadi juga sang ibu dan atuk pening dibuatnya.  Aiman melihat ibu ayam bermandi manda dengan pasir. Aiman juga manda manda bersama-sama ibu ayam.

"AIMANNNNN. JANGAAAN!!! AIMANNNNN, JANGANNNNNN BERGULING!!!!!!!" sang ibu menjerit-jerit.

Aiman berguling-guling di laman berpasir.


"Tak apa, esok abah buang pasirnya!" ujar abahnya sambil tersenyum.




No comments: