His first day as
The Enforcer
Hari pertama
dia memasuki Pejabat, dia dihulurkan bosnya senaskhah MPK, Manual Prosedur
Kerja jawatannya. “MPK ialah watikah
keramat jawatan. Ia mestilah sentiasa berada
di penjuru kanan meja setiap pegawai” begitulah di antara pesan bosnya yang sukar
dilupakan. Nyaris-nyaris muncul soalan kepada Bos, “Apakah ini Quran jawatan?”
Oh, ya sebelum
itu ada satu lagi upacara yang juga sukar dilupakannya; urusan basa basi “Salam
Selamat Datang” dengan seluruh staf Pejabat itu. Dan seperti kebanyakan pejabat-pejabat
Kerajaan abad ke 21, bilangan staf kategori Minah-Minah jauh lebih ramai
daripada Mat-Mat Balak. Walaupun itu diakui
oleh Bosnya dengan permerhatian khusus, “Bila kita buat serangan mengejut nanti,
ini yang akan menjadi masalah terbesar, masalah menggabungkan para Minah dan
Mat dalam misi menyergap perbuatan songsang”, namun dia gembira dengan
komposisi Minah-Mat yang lebih berat kepada Minah. Baginya berdasarkan pengalaman silamnya, Minah
lebih mudah diurus jika dibandingkan dengan Mat.
MPK yang baru
diberikan oleh Bos itu diselaknya, lembar demi lembar. Setelah mengimbas segala basa basi, segala ucapan,
aluan dan mukadimah Orang-Orang Besar Jabatan, matanya terpaku kepada lembaran
yang menggariskan senarai perkataan yang haram disebut oleh orang-orang bukan
beragama X. Berikut ialah senarai nama
yang menjadi milik mutlak orang-orang X:
i) Kentut
ii) Berak
iii) Syurga
iv) Sujud
v) Sembah
vi) Salam
..
..
..
xxx) Hidup
xxxi) Mati
Kata Bosnya
senarai itu belum lengkap kerana “kita masih lagi dalam proses kemaskini dan
penambahbaikan yang berterusan”.
Betapa kisruh dan kelam kabutnya duniaku jadinya. Demikian patah-patah perkataan yang menyerangnya
sepanjang hari.
2.0
“How do we
survive on this planet?”
“Are we the
new Zionists or our very own version of Nazis?”
“My dear, when
is the next rocket flight to another planet?”
Isterinya
terkejut besar melihat Sang Suami muntah-muntah. Malam pertama, hari pertama dia melaporkan diri
ke jawatan baru, Sang Suami benar-benar meracau, racau-racau yang sakan. Siang tadi Sang Suami baru saja melaporkan
diri ke Pejabat Penguatkuasa Moral Negara; Pejabat ITU. Dan setelah hidup berumah tangga lebih
setengah abad, dia arif benar bila, bagaimana dan kenapa Sang Suami muntah
dalam bahasa Inggeris. Dia Inggeris sepenuhnya
setiap kali, pabila dan sebaik saja dia diserang penyakit muntah-muntah.
No comments:
Post a Comment