Sunday, January 26, 2014

PKNS: Hanya SATU jawatan saja





Tentang kangkung, satu jawatan PKNS dan Islam yang tidak diterjemahkan



“Abim kesal apabila perkara sensitif yang dijaga dengan tertib oleh kerajaan dipermainkan sewenang-wenangnya untuk meraih sokongan tanpa memikirkan risiko yang berlaku."

Apa sebab perkara perkara sensitif hanya berlaku di Negeri-Negeri di bawah kerajaan negeri PKR ? PKR perlu adakan satu strategi yang berkesan dengan secepat mungkin untuk menentang ;mungkin adakan satu "sodality march “?

January 24, 2014 at 6:59 PM

Di atas ialah komen Mr Phuah dalam blog http://barabarajiwa.blogspot.com, yang diakhiri dengan saran supaya diadakan semacam pawai perpaduan untuk menyatakan sikap secara terbuka berhubung ‘isu-isu sensitif’.

Semalam di Rawang ramai sahabat dan kawan rakan berpeluang bertemu dan berkumpul walaupun sebentar.  Saat berkongsi duka bersama Sdr Dinsman kerana pemergian buat selama-lamanya isteri tercinta arwah Norlalila binti Mohd Yunus memberikan kesempatan kepada diri saya menilai perjalanan hidup yang sementara ini.  Dan semasa talqin dibaca,  ada menyelinap mengusik jiwa.  Yang datang mengusik berulang-ulang kali dalam benak ialah tentang sekujur tubuh, tubuhku sendiri terbaring di dalam liang lahat yang sempit.  Apakah aku sudah bersedia menghadapi saat-saat seperti itu?

Bersediakah aku? Seolah-olah mahu menjawab soalan ini maka berkatalah Nordin Kaab, “ Sim, soalannya sudahpun bocor, buatlah persediaan yang secukupnya”.  Sahabatku yang akhir-akhir ini sedang asyik dengan program latihan Spoken English via eBiznya menambah dengan penuh semangat, “Bagiku,  kemenangan sebenarnya tidak akan dicapai dan hidup kita tak banyak berubah sehinggalah kita,  termasuk para pemimpin,  turun berjemaah!”  Rupa-rupanya Kaab masih lagi sempat memberikan nasihat walaupun para hadirin, termasuk Ridhuan Idris, Ehsan, Termizi, Hasni Abas dan Rozan di tanah perkuburan Islam Kuala Garing, Rawang kerap bercakap perihal betapa ramai yang ‘sangat resah’ dengan apa yan sedang berlaku sekarang ini.

Kepada Rozan, Pak Samad menyatakan bahawa ramai resah dengan apa yang sedang berlaku.  Ya, masakan tidak.  Ada teman yang ragu-ragu bertanya,  “apakah yang mahu mengganti itu sudah cukup bersedia untuk memerintah?  Kelihatannya,  mengurus sebuah jawatan PKNS pun sudah kelam kabut!  Lalu bagaimana mahu mengurus Malaysia?”  Mungkin soalan seperti ini dilontarkan kerana yang hadir di tengah-tengah kami ialah sosok ‘anak muda politik’ (demikian Pak Samad semasa menyapa Rozan).
    

2.0

Komen-komen seperti ‘ABIM kesal’ dan ‘mengurus sebuah jawatan PKNS pun sudah kewalahan’,   dan pelbagai ulasan mengenainya sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang isyarat dan pemerhatian para sahabat, kawan rakan terhadap suasana kehidupan sekeliling yang menyelubungi mereka.  Ia menceritakan tanggapan para teman ini terhadap kehidupan kita secara umum; kehidupan kita yang tepu dengan pandirisme yang nyata.  Cerita-cerita pandirisme yang ditonjolkan di sebalik pelbagai episod kangkung dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Pendek kata,  ia menceritakan dunia Malaysia dari kaca mata teman-teman.  Cerita dunia resah Malaysia dari sudut pandanag teman-teman yang resah.   

Maka apabila Dinsman berkata dia juga menulis tentang ‘kangkung’ tapi oleh kerana ‘kesibukan’ memanjang yang sekian lama mencengkam, tulisannya tentang kangkung itu belum juga selesai digarapnya.  Lalu bertanyalah Dinsman apakah kangkung ini masih lagi relevan?  Saya berpendapat bahawa sejak satu kelompok profesor tertentu itu dikangkungkan, maka kangkung tidak akan pergi dengan begitu dalam kehidupan kita.  Kangkung ― sama ada dibelah atau pun dikerat-kerat ― bukan saja sekadar cerita helah, taktik, atau pun strategi Hang Tuah semasa mahu melihat wajah Maharaja Cina yang perkasa itu, tapi kangkung kekal sebagai metafora Malaysia.  Metafora sebuah kepandiran.


3.0  Islamlah jawapannya?


Buat mereka yang yakin bahawa ini semua terjadi kerana kita sebagai rakyat menolak Islam, kita turunkan petikan ini untuk renungan bersama:

“Islamism, Institutions, and the Rule of Law

All THIS brings us to the question of whether, in power, Islamists could in fact bring about the rule of law.  As the case of Iran shows, a government organized in the name of Islam can be as constitutionally corrupt as a secular autocracy and so many find itself equally unpopular with its citizens.  If the Islamists cannot deliver political justice, they will define themselves discredited like their predecessors. Yet, if the Islamists can deliver on their promise of justice, it seems more than possible that a return to some form of shari’a governance could spread  throughout the Arab and Muslim worlds”.

Noah Feldman, The Fall and Rise of Islamic State. Princeton University Press 2012:147.                          



 

No comments: