Wednesday, January 29, 2014

Kudaku, larinya mesti kencang






Kudaku mesti menang


‘Masalah’ nombor SATU menjadi istimewa dan unik kerana hanya ada SATU saja tempat untuknya.  Yang bercita-cita mahu mendakap nombor SATU perlulah berhempas pulas, bergelut dan berjuang untuk memperolehinya.  Kerusi nombor satu menjadi rebutan dan pemiliknya bakal menjadi kepala.  Dan setiap kepala,  medan jangkau dan cekaunya sungguh jauh ke dalam kantung.

Bila calon nombor SATU gagal menaiki takhta,  yang kecewa bukan saja sang calon tapi juga para panglima di sekelilingnya.  Jadi, tidak pelik dan jangan berasa pelik jika yang lebih kecewa adalah para penyokong tegar sang calon yang gagal.  Aku faham makna kecewa yang paling kecewa seperti itu.

Bila kudaku kalah,  aku kecewa yang amat sangat.  Kata kudaku, “Kita tidak kalah kerana belum berjaya menduduki kerusi nombor SATU.  Bersabarlah, banyak lagi kantung yang belum kita kuasai”.  Aku tidak bersetuju kerana bagiku aku sudah terlalu lama menunggu.  Oleh kerana itu, apa cara sekali pun kudaku mestilah ke depan, di depan untuk menaiki takhta. 

   
2.0

Nah, cerita-cerita tentang “Politik: Siapa Mendapat Apa Bila dan Bagaimana, (DBP, 1986) (Politics: who gets What When and How, by Harold D. Lasswell (McGraw Hill Books, 1936) itu elok dibaca dengan teliti sebelum kalian mengutuk dan mencemuh kenapa aku juga merancang supaya kudaku menaiki takhta. Aku bakal tidak merasa sehinggalah kudaku menang.  Jadi, pelikkah jika aku juga paling bermati-matian mahukan kudaku menang?




No comments: