Friday, January 31, 2014

Menterjemah Vs Berslogan


Laungan "REFORMASI!"



Kata Khalid Ibrahim, MB Selangor dalam interbiunya dengan Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/253166), memang mudah menjeritkan “REFORMASI!” di depan khalayak.  Yang sukar ialah menterjemahkan teriakan penuh bersemangat itu ke dalam bentuk tindakan.  Dan salah satu tindakan yang perlu dilakukan dalam agenda perubahan ialah untuk menghapuskan para rentier (tukang kutip hutang) dalam kalangan para ADUN. Jika ini tidak upaya dilakukan,  kenapakah mahu bercakap tentang agenda perubahan?


Untuk kita yang berada di luar gelanggang,  interbiu-interbiu seperti ini dapat membuka banyak pintu renungan buat tatapan kita semua.  Aspek-aspek lain yang dapat kita ‘renungi’ ialah tentang kepimpinan, iltizam kepimpinan, intrig politik dalaman dalam perebutan kuasa dan wayang-wayang yang dipentaskan dan tentunya bagaimana, seperti biasa dan sekali lagi,  batang tubuh Anwar itu dijadikan modal oleh pelbagai pihak.


Bagi mereka yang gemar membawa sepanduk Islam, apakah agenda perubahan (contohnya usaha menghapuskan sistem rentier) yang disebut dan diperjuangkan Khalid Ibrahim itu tidak Islamik?  Agaknya kita tentu boleh akur ― menterjemah itu lebih bermakna daripada melaung-laung dan menjerit-jeritkan slogan.




No comments: