Wednesday, February 12, 2014

“An armada of institutions”




Charles Allers (Anwar Ibrahim:  Evolution of a Muslim Democrat, halaman 125), memetik ungkapan ‘an armada of institutions’ yang digunakan oleh Slater dalam  “Iron cage in an iron fist”.  Sila teliti ayat yang berkaitan:

By maximizing the effectiveness of tools such as the ISA and the federal police, Mahathir was able to neutralize his opposition, then ultimately defeat it by deploying “an armada of institutions” ― law enforcement, media, judiciary, bureaucracy, and political party as demand for reform rose...

2.0

Setelah mantan menteri perdana itu minggir dan terkeluar dari pentas utama politik negara (untuk beraksi di belakang pentas?), ada satu dua soalan yang menarik ― untuk direnungi:


i) Sekarang ini apakah segala armada institusi seperti yang disenaraikan di atas telah direhatkan atau pun dipencenkan sebagai satu armada oleh Sang Penguasa?

ii) Agaknya kenapakah segala armada Sang Penguasa ini begitu sukar sekali memusnahkan seorang Anwar Ibrahim?

iii) Agaknya apakah segala armada ini akan berhenti dipergunakan apabila seorang Anwar Ibrahim itu berjaya dimusnahkan atau pun ia akan terus digunakan untuk memusnahkan musuh-musuh baru Sang Penguasa?


3.0

Bukankah soalan-soalan seperti di atas mestilah dijawab apabila kita bercakap tentang reformasi menyeluruh pemerintahan negara kita yang sama-sama kita mimpi-mimpikan itu? (Sekiranya tuan tidak begitu selesa dengan ‘reformasi’ kerana itu adalah ‘istilah pembangkang’, sila tuan gantikannya dengan ‘transformasi’, sebuah istilah yang sering dipelopori oleh Sang Penguasa Satu Malaysia sekarang ini).  Jika digantikan,  soalannya bertukar menjadi begini:        

Bukankah soalan-soalan seperti di atas mestilah dijawab apabila kita bercakap tentang transformasi menyeluruh pemerintahan negara kita yang sama-sama kita mimpi-mimpikan itu?





No comments: