Tuesday, February 18, 2014

Itik dan aku



Macam itik pulang petang...


“macam itik pulang petang
dia jalan melenggang
bibirnya merah delima merekah
kain tinggi sebelah
betis membayang
itu dia Nona Singapura”

R. Azmi dalam lagu “Nona Singapura”


Di mata penulis lirik, itulah citra Nona Singapura.  Sekarang ini,  apakah masih banyak perbezaan di antara nona-nona Singapura jika dibandingan dengan para nona Kuala Lumpur?


2.0

Itik atau Indonesianya, bebek sering menjadi sumber ilham penulis.  Google saja tentang itik,  kita bakal temui pelbagai cerita menarik tentang itik.  Aspek yang kerap kali diberikan perhatian ialah betapa disiplinnya segala yang namanya itik itu mengikut peraturan, misalnya tatkala melintasi jalan raya yang sibuk dan juga lengang.  Hewan ini akan beratur, rank and file.  Tak ada yang berebut-berebut untuk memintas pabila melintas.  Dan tak ada pula yang sibuk-sibuk mahu menjadi ketua atau cukong penunjuk jalan semasa melintas.  Kita tidak fikir ‘mereka’,  para itik ini berebut-rebut dan berpolitik wang untuk menjadi bos pelintas jalan.

Lalu, kita pun ajukan soalan ini kepada seorang anak muda, “Pernahkah bertanya kenapa pulang petang, itik-itik lendit berbaris dan pernahkah kita ingin tahu bagaimanakah ‘mereka’ memilih ketuanya?  Dan sekiranya ada perebutan jawatan, agaknya apakah bentuk politik wangnya?”

Dijawabnya teks di atas begini, “ Komuniti itik pilih untuk angkat itik yang berkaliber dan dari kaca itiknya, boleh memimpin. Kalau manusia pilih pemimpin yang korup, rendah lagi martabat manusia berbanding itik. Hee, just saying.”


3.0

Jika itik-itik diberi makan, apakah ‘mereka’ tetap lendit, beratur?  Agaknya kenapa, ya?



No comments: