Thursday, March 27, 2014

Hak bertanya dan nikmat mendapat jawapan





Anugerah: Hak (untuk) bertanya, nikmat (mendapat)  jawapan.


Ada semacam anugerah yang dinikmati oleh setiap pemandu teksi.  Ya, nikmat yang tidak ada pada orang lain kecuali para pemandu teksi.  Setiap pemandu teksi dianugerahi nikmat untuk bertanya dan MEMPEROLEHI jawapannya:

 “Tuan/Puan,  mahu ke mana?” Sebuah soalan sang supir yang pasti terjawab.

Bayangkan setiap hari ramai yang didera kerana TIDAK mendapat jawapan.  Ya, didera dan terdera kerana tidak ada yang sudi menjawab walaupun sebuah soalan yang mudah namun sukar:

“Jika terhempas, mana buktinya?”





No comments: