Friday, March 21, 2014

Kenapa Melayu mesti kaya raya dan berkroni



Pidato Pak Pandir


Kenapa Melayu-Melayu yang kaya raya itu penting untuk orang-orang Melayu

Izinkan aku senaraikan sebab musabab kenapa hujah-hujahku ini tidak ada yang tidak benar kecuali benar belaka:

Pertama: Melayu-Melayu yang kaya raya meningkatkan rasa hormat bangsa-bangsa lain

Orang-orang Melayu dipandang rendah, dicemuh tidak dipedulikan kerana mereka, umumnya miskin.  Orang-orang miskin, termasuk orang-orang Melayu, tidak dipedulikan oleh kerana kemiskinan yang mereka alami. Siapakah yang mahu mendengar cakap-cakap orang-orang miskin?  Tidak ada sesiapa yang mendengar apatah lagi peduli kepada cakap-cakap orang-orang Melayu yang miskin.  Percayalah sebab paling utama kenapa orang-orang Melayu tidak dihormati ialah kerana mereka ― orang-orang Melayu ― cukup kaya dengan kemiskinan.  Ini pasti berubah jika ramai orang-orang Melayu kaya-raya.  Itulah sebabnya kenapa saya amat yakin dan percaya kenapa kita perlukan para milioner (sekarang bilioner) Melayu; paling sedikit sepuluh orang Melayu terkaya di Malaysia.  Orang-orang bukan Melayu pasti menghormati orang-orang Melayu kerana bangsa Melayu sudah ada puluhan bilioner Melayu.  Orang-orang Melayu dan juga bukan Melayu takut kepada saya sebab saya kaya raya.  Apakah kamu boleh menidakkan hakikat ini?


Kedua: Lebih ramai Melayu yang kaya raya, maka lebih banyaklah duit zakat dan cukai pendapatan


Kedua:  Orang-orang Melayu yang kaya raya dapat mengeluarkan zakat, cukai pendapatan yang jauh lebih besar dan yang lebih banyak.  Kutipan cukai dan zakat yang banyak dan yang jauh lebih besar  pasti meningkatkan lagi ekonomi ummah dan negara.  Kalaulah di Malaysia terdapat puluhan bilioner Melayu, maka lebih banyak wang zakat dan cukai pendapatan yang dapat dikutip daripada orang-orang Melayu dan ini dengan sendirinya akan menaikkan imej orang-orang Melayu.  Apakah kita ― orang-orang Melayu ― tidak mahu imej bangsa mereka ― bangsa Melayu,  naik?  Lagi pun jika lebih banyak wang zakat dan cukai pendapatan yang dikutip, apakah Malaysia tidak menjadi lebih aman makmur kerana hasil kekayaan puluhan bilioner Melayu ini?  Dan apakah akan ada sebuah pusat pentadbiran yang serba moden dan canggih jika kita tidak ada duit?


Ketiga:  Lebih ramai Melayu yang kaya, maka lebih banyak masjid yang indah-indah dapat dibina


Untuk beribadah dengan baik dan selesa, masjid-masjid kita mestilah selesa dan nyaman.  Untuk itu, kita perlukan lebih banyak masjid yang moden lagi canggih.  Apakah kerajaan sahaja yang perlu membina masjid-masjid yang indah-indah lagi tersergam itu?  Adalah tidak adil mengharapkan pihak kerajaan saja yang membina masjid walaupun Islam adalah agama rasmi negara.  Masalah ini selesai jika terdapat ramai orang-orang Melayu yang kaya raya; puluhan bilinoner Melayu.  Para kaya raya Melayu ini akan membina pelbagai macam jenis masjid untuk dinamakan atas nama ibu bapa mereka.  Dan bercakap tentang aspek ibadah ini, jika terdapat lebih ramai orang-orang Melayu yang kaya raya di Malaysia, maka akan lebih ramailah orang-orang kampung yang dihantar ke Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah dan haji.  Jangan lupa orang-orang kaya raya Melayu juga mahukan pitih akhirat, iaitu pahala.


Keempat:  Jika orang-orang Melayu tidak mahu menjadi kaya raya, biarlah anak pinak dan suku sakat saya yang kaya raya...


Anak pinak dan kawan rakan saya yang kaya raya akan membina kilang, (pelbagai macam kilang) dan dewan-dewan untuk orang-orang Melayu berkumpul.   Anak pinak dan rakan-rakan saya yang kaya raya akan bertambah teruja setiap kali melihat angka-angka saham mencanak...

Jangan lupa, orang-orang Melayu mestilah kaya raya supaya dihormati. 


Sekianlah hujahku.


Tanda tangan.

Pak Pandir.



1 comment:

Phuah said...

The rich who get rich by dong things that contribute to the welfare of the public will be rspected by others ; for example people like Bill Gate, steve Jobs and etc. These people get rich through their creativities and hardworks.

The rich who get rich at the expenses of others will be despised by others. These people are robbing the fruits of the efforts and hardworks done by others !!!

Haha !!! By the way , be
careful of anyone who try to give an answer on wheither we need rich people or not as the question does not exist; unless you are in the communist country !!!!!!