Gerakan sastera budaya juga mesti sedia untuk berubah
Kita sedang hadapi krisis kepimpinan yang amat serius. Atau
lebih mudah dan direct@langsung, para
politikus kita sedang sengit berperang untuk membuktikan kenapa kelompok mereka
itu lebih ‘benar’ jika dibandingkan dengan para pesaingnya.
Apakah kemelut perebutan kepimpinan ini boleh diubati
dengan gerakan sastera budaya atau perjuangan ‘tekad budaya’ yang massal supaya
satu hari nanti, jadilah ia sebuah gerakan yang gagah dan maju? Gerakan sastera budaya ini cukup gagah sehingga
mampu mengimbangi kemelut perebutan kuasa oleh orang-orang politik?
Pada hematku sebelum dapat mencapai matlamat tersebut, kelompok
sastera budaya juga mestilah bersedia untuk BERUBAH. Perubahan pertama ialah
menjadi gerakan masing-masing lebih terbuka, merentasi kaum, merentasi pelbagai
kepercayaan agama dan juga merentasi kefahaman politik. PAKSI sudahpun berubah. Bukankah begitu?
Atau PAKSI itu masih terlalu elitis dan ekslusif?
(Mohon katakan sesuatu kerana perbuatan ‘masuk bakul
untuk angkat diri sendiri’ tidak akan ke mana-mana. Bukankah begitu?)
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
No comments:
Post a Comment