Dari fbnya Dinsman
HENING PUISI SEDILI
Menjelang Aidilfitri
seorang kawan mesej dari Sungai Petani bertanya
apakah kita hanya membaca beritanya
dan berduka untuk sementara, sebelum terlupa
akan wajah anak perempuan yang terpampang
di pintu sebuah bank: "Anak hilang"

Berumur 11 tahun
dia hilang di sekitar kawasan sekolah
Ayahnya merayu: sesiapa bertemu
silalah hubungi
Aku tergamam lagi
Apakah kita hanya membaca beritanya
dan berduka untuk sementara, sebelum terlupa
seperti yang selalu terjadi dan terjadi
Terlintas di fikiran tiba-tiba
Apakah 'hening puisi' yang akan dibuat di Sedili
bukan usaha bagi memantapkan kemanusiaan
dan kemanusiaan yang semakin hilang kini
bukankah puncanya terjadi "Anak hilang" itu?
Sahabat-sahabatku penyair Hening Puisi Sedili
sudikah kita mengambil soalan Sdr Kassim itu
dengan semangat kemanusiaan Usman Awang
dan kita membina jawapannya bahawa kita tidak
hanya membaca beritanya dan berduka untuk
sementara sebelum terlupa
Kini kita sedang berusaha
memantapkan kemanusiaan
di bumi Tuhan yang subur dan indah ini
bermula di Hening Puisi Sedili