Wednesday, December 2, 2009

Tak payah dirikan kilang dulu



ogId" content="Word.Document">


Dalam perjalanan berulang alik ke Kota Bharu - Kuala Lumpur banyak yang dapat kami perhatikan di sepanjang perjalanan. Itulah salah satu kelebihan berkereta. Di antara pemandangan yang kerap menggoda saya ialah usaha kecil-kecilan penanaman sayur-sayuran. Salah satu daripadanya ialah kaedah penanaman cili dengan menggunakan teknik fertigasi, fertigation (irrigation digandingkan dengan fertilization).

Satu waktu kami berhenti di sebuah ladang yang diusahakan seorang anak muda bersama-sama teman-temannya. Entah kenapa akhir-akhir ini, kami melihat ladang cili itu seperti terbiar dan anak muda di Negeri Pahang itu juga sudah tidak kelihatan lagi di ladangnya.

“Mungkin dia sudah dapat kerja baru di bandar” Dinsman berteori.

“Mungkin dia menghadapi masalah aliran modal..” saya pula menebak.

“Kenapa sibuk-sibuk dengan anak muda tu, kebun cili di belakang rumah sudah berbuah?” saya ditempelak.

Ketawa saya berderai ...

“Nasib baik tak bina kilang cili kering..” dia terus memerli saya.

Ya, saya tidak lagi mahu menjadi usahawan cili kering, saya mahu jadi pengusaha jus pegaga.

Ada satu soalan yang sama yang sering ditanya pelbagai orang, sepanjang masa. Apakah yang tidak ada yang dapat membantu mereka yang berminat? Mardi, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Bank Pertanian yang telah disolek semula menjadi Agro Bank, MARA... Tapi kenapakah bidang pertanian kita kelihatannya masih juga belum ke depan? (Kecuali tentunya yang lebih komersial seperti kelapa sawit).

Akhir-akhir ini saya juga menduga-duga, mana agaknya yang lebih bagus@tepat, slogannya:

“Bertani itu bisnes” atau “Bertani itu satu ibadah”?

Mungkin kita boleh bertanya pakar-pakar bidang seperti Mahzan Yob yang pernah bersekolah di New Zealand dan mengajar di UPM. Kenapa Mahzan? Saya kerap membaca tulisan-tulisannya dalam ‘Dewan Masyarakat’ tatkala masih di Sekolah Menengah dulu.

Begitulah hebatnya majalah-majalah DBP dahulu kala.

Apakah saudara pernah bandingkan ‘Mastika’ dahulu kala dengan ‘Mastika’ terkini?

Apakah yang dapat saudara ‘baca’ daripada senario seperti ini?

Orang dulu-dulu sukakan ilmu, orang-orang sekarang lebih sukakan tahyol dan cerita-cerita yang karut dan marut.

Tak tepat?


No comments: