Monday, November 30, 2009

Ke mana dibawa rezeki yang melimpah-limpah?





Ke mana perginya sumber (baca: Rezeki) yang lebih itu dibuang?



Air, sumber alam untuk kelangsungan kehidupan tidak boleh lagi dilihat sebagai bahan yang gratis, 'percuma'. Sebenarnya zaman kita menikmati kemewahan air sudah lama berlalu. Satu zaman dulu kita boleh mandi manda, mencuci pakaian, mengambil air minum dari sungai yang mengalir berhampiran rumah. Zaman itu tiada lagi...


Kini untuk mengurus air (memperolehi, menakung dan menggunakannya), prasarana yang mahal-mahal diperlukan. Bukan itu saja masalah kita bertambah payah akibat pencemaran, juga akibat perbuatan manusia.


Namun ada ketikanya, air datang mencurah-curah dari langit. Apakah yang kita lakukan dengan air lebihan itu?


Hari ini ada manusia yang kaya rayanya seperti empangan yang melimpah-limpah. Rezekinya tidak habis walaupun dimakan tujuh keturunan.


Apakah manusia-manusia yang maha kaya ini lakukan dengan limpahan wang ini? Melihat nikmat naik turun graf di pasaran saham?


Pada waktu yang sama, ada yang berantakan rumah tanggnya kerana ringgit yang tidak pernah cukup untuk meneruskan kehidupan yang ala kadarnya.


Kepada siapakah manusia-manusia dhaif ini mahu mengadu?














No comments: