Wednesday, April 28, 2010

Dari blog seorang teman: Pyanhabib


- tayar sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!

- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!

-kasih sayang ajal maut kuasa tuhan, ya.

(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa')

-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki' maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?

-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!

-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki'.


*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak.




No comments: