Monday, August 23, 2010

"Api Cinta", batu api dan

“Api Cinta”, batu api dan sembunyi batu

(Bapa segala batu sudah tidak bertangan)


1) “Api Cinta”


Seorang sahabat akrab Dinsman (kita pinjam kata-kata Hasni) menulis “Api Cinta” yang kini diburu sekian ramai kawan. Kata Hasni kawan-kawannya ramai yang mencari naskhahnya. Pak Samad pernah mencadangkan supaya novel sulung Sutung ini dibicarakan.


Sekarang naskhah milik Dinsman itu sedang dikunyah Razali Endun. Sementara itu Rozan Azen menunggu gilirannya untuk meneliti

.

Kita tunggu apa yang bakal terjadi apabila Uwei membacanya.



2) Batu api


Zaman dahulu kala, nenek moyang kita tidak pernah tahu bagaimana api itu diperbuat atau siapa pula yang memberanakkan api. Mungkin, secara kebetulan mereka melihat api kerana pohon-pohon kering telah terbakar. Kemarau yang terlalu panjang membuat seluruh bumi resah gelisah.


Itu satu teori bagaimana nenek moyang kita melihat api itu marak dan menyala-menyala.

Atau mungkin juga ada bongkah gergasi, bapa kepada segala batu yang reput akarnya telah terbongkang dari induknya, lalu menimpa anak-anak batu dan kerikil. Ya, api telah bermula angkara perbuatan bapa kepada segala kepala bapanya batu.


Oleh pendita Zaaba, ini diperikannya sebagai ‘batu api’



3) Sembunyi batu


Waktu kecil-kecil dulu kekadang kita tersalah terbe (lastik, terde..) ― rupa-rupanya peluru batu kita telah singgah ke cermin rumahnya jiran. Kita pun panik, lalu kabur berselindung di sebalik pokok-pokok pisang di belakang rumah. Malang sekali ikhtiar kita tidak menjadi kerana rupa-rupanya bukan semua mata telah buta.

“Bukan saya...bukan saya ...” kita cuba mempertahankan diri dengan berbohong.

“Tengok tangan kamu. Tu ada tanda-tanda batu. Mai kita tengok poket!”



4) Apakah ikhtibar?


Api, biar pun ― cinta, tetap membakar

Kemarau panjang membakar bumi

Lebih bagus baling tangan, dan simpan batunya.


Marilah kita terapkan ikhtibarnya kepada segala peristiwa di sekeliling kita:


i) Bila ada guru besar yang rasis, di luar sana tentu ada bapanya. Ya, bapa kepada guru besar yang lebih besar ilmu ‘keguruan’ rasisnya.


Siapa? Bapa kepada segala batu.


Maka carilah:


BAPA KEPADA SEGALA BATU ITU yang masih berkeliaran. Oleh itu ― janganlah terlalu menghukum gurunya sebelum kita temui mentornya.


ii) Bumi kita telah lama dilanda kemarau, kemarau yang cukup panjang sehinggakan ia kehangusan. Kita perlukan banjir besar yang cukup besar untuk mengubah pantainya.


iii) Kita semua mesti bekerja keras untuk memulakan kerja-kerja mencipta satu lagi bah besar itu, mulai sekarang.


Bumi bertuah ini pastinya semakin bersih jika sampah sarapnya dinyah dari bumi bertuah ini.


iv) Kepada BAPA KEPADA SEGALA BATU, lebih baik potong tanganmu daripada sembunyi batu.


Kenapa?


Supaya hujah mempertahankan diri menjadi lebih meyakinkan:

Bapa segala batu sudah tidak bertangan.




2 comments:

Anonymous said...

hoi

apa ada pada sutung?
pian habib lebih bermakna.

porahhhh


azizi

barajiwa said...

Dah baca ke belum? Kalau belum baca dulu...lepas tu bolehlah "poraaah!" kalau sesuai.

Dalamnya terdapat juga unsur-unsur yang boleh dikukik-kukikkan.

"Selamat Berpuasa" tuan. Semuga kualitinya meningkatkan setiap tahun. Amin.