Saturday, August 7, 2010
Clive Kessler pada Selasa, 3 Ogos 2010
“One of Professor Clive Kessler’s lesser known accomplishments is a mastery of Kelantan Malay. This colourful dialect of standard Malay is laconic but rich in earthly metaphors, direct and subtle at the same time, and non-Kelantanese Malays and foreigners alike, a challenge to their forbearance and tolerance.
The people of Kelantan, in general, make few concessions to outsiders and take pride in their independence of spirit and behaviour. Undaunted by this reputation, the young Kessler chose as his “case study” the township of Jelawat for almost two years.
He observed not only their history, politics, religion, economy, and culture but also learned their language, without which a true insight into Kelantanese life would not have been possible. From this intense experience was distilled one of the classic works of Southeast Asian anthropology, Kessler’s Islam and Politics in a Malay State: Kelantan 1838 – 1968, a work which has become a benchmark for studies of Malay society.”
Demianlah Virginia Hooker dalam eseinya berjudul Malaysia: Still “Islam and Politics” But Now Enmeshed in the Global Web”, iaitu salah sebuah esei yang terdapat di dalam buku “ Malaysia: Islam, Society and Politics – Essays in Honour of Clive S. Kessler”, Virginia Hooker dan Noraini Othman (Eds), Institute for Southeast Asian Studies (ISEAS), National University of Singapore (NUS), 2003 (hal 16).
Pada 3 Ogos, 2010 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, maka kami (Dinsman dan saya) berkesempatan bertemu dan berbual dengan Clive. Ada satu dua petikan menarik yang boleh kita kongsi bersama. Antara lain:
1) Orang-orang politik tidak begitu gemar dengan kebenaran. Biarlah, politik bukanlah urusan saya..
2) Universiti itu dikuasai dan diurus oleh tiga kelompok manusia: Sepertiga oleh para penguasa feudal ― kiblatnya masih Empire British, sepertiga lagi oleh mereka yang sangat bercita-cita menjadi maharaja, bakinya oleh mereka yang mencintai ilmu...
Dan dalam kesempatan itu, Clive juga menyentuh saat-saat menarik dia berkongsi pengalaman bersama al-marhum Rustam Sani.
Apakah dia tidak mahu kembali lagi ke Kelantan? Kembali untuk melihat sendiri perubahan-perubahan yang telah berlaku sejak zaman akhir tahun-tahun 6oan?
Bukan tidak berminat tetapi persoalannya ialah kesihatan di samping faktor kesibukan lain.
Di sini Clive berpendapat:
3) Dalam suasana kemelesetan, ternyata masih ada yang berupaya menjananya, ya ekonomi. Siapakah mereka? Mengikut Clive: Para doktor dan peguam.
Selamat kembali Ke Kelantan, Clive! Walaupun lama sekali meninggalkan Jelawat, loghat Kelantannya masih cukup bagus. Betapa menarik sekali.
Labels:
budaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment