Monday, September 6, 2010

Inilah ceritanya

Cerita masjid



1) Kerajaan Kelantan: Semuanya bermula dengan masjid



Tatkala Kerajaan Kelantan melancarkan Lojing sebagai Jajahan Kecil yang baru negeri itu pada 19 Syaaban1431, bersamaan 31 Julai 2010 ia disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan. Di negara kita, Raja adalah ketua agama Islam.


Pada hari yang bersejarah itu, tapak masjidlah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri. Untuk memohon kesejahteraan Ilahi, ketika itu para hadirin dibekalkan juga dengan doa membuka kawasan@jajahan baru. Lihatlah amalan sebuah kepimpinan yang kaya dengan contoh: Masjid dan doa.

Kerajaan yang “walk the talk”, bikinlah seperti dicakapkan”



2) Inggeris tidak pernah menyentuh soal-soal agama. Benarkah begitu?


Semasa Inggeris memerintah (baca: menjajah kita), hal ehwal agama tidak disentuhnya walaupun sebenarnya ada aspek-aspek tertentu agama Islam yang dicerobohinya secara halus. Bagi penjajah, hukum atau undang-undang milik merekalah yang lebih unggul. Begitulah cerdiknya Inggeris, menceroboh dan menjajah dengan berhati-hati. Ketua agama diserahkannya kepada Raja.



3) Pada zaman Nabi: Masjid adalah masjid


Dalam sejarah Islam, tugas pertama dilakukan Baginda semasa tiba di Madinah ialah membina masjid. Maka masjid jugalah yang sentiasa menjadi pusat segala kegiatan: Masjid sebagai ‘pejabat’, sebagai markas, sebagai tempat pertemuan, sebagai tempat menyambut tetamu.


Tatkala memasuki semula Mekah, Masjid dibenarkan oleh Nabi menjadi tempat perlindungan mereka yang ketakutan setelah kalah. Mereka yang percaya kepada akhirat tidak menzalimi musuh yang tewas walaupun musuh-musuh ini sangat zalim semasa mereka gagah. Lihatlah kebesaran jiwa mereka yang ‘walk the talk’ ini.



4) Khir Toyo dan Masjid Taman Kosas


Salah satu perkara yang kerap sekali mendera ialah mendengar khutbah Jumaat. Itu yang saya rasakan. Lebih parah lagi khutbah sembahyang jumaatnya ‘diarah bacaannya’ kepada khatib-khatib yang dikuasai oleh penguasa yang mahu kita sentiasa mendengar.


Lihatlah kehebatan khutbah kita: Tatkala kes pembuangan bayi berleluasa, khatibnya sangat teruja dengan tajuk “marilah kita bercucuk tanam demi untuk mengatasi inflasi!”


Semasa masih bertugas di Ampang, saya ‘lari’ ke masjid Taman Kosas yang katanya dikuasai oleh pembangkang. Di sana saya kerap mendengar masalah ummah dikupas untuk kesedaran bersama.


Pada satu Jumaat yang malang, para makmum dapati masjidnya telah dikunci selepas subuh.

Kenderaan penguasa masih gagah di perkarangan Masjid...


Percayalah, tatkala itu cinta kasih saya kepada pemerintah meningkat sejuta kali. Kalaulah ada pemimpin besar pemerintah di situ ketika itu, mahu saya kucup tangan mereka sepuas-puasnya.

Kenapa? Merekalah para penjaga agama kita yang paling wahid.



5) Sekarang ini kita masih lagi berdepan dengan episod masjid dan surau...


Tentunya mereka sangat gembira. Segala-galanya mahu disanderanya. Segalanya ― termasuk segala yang tertanam di dalam qalbu milik kita mahu mereka kawal dan perintah. Bayangkanlah. Bayangkan.


Alas, they never learn. They will never.




2 comments:

meor-name-depan-ku said...

salam.... buat barajiwa.

dilaga said...

walaikslm, di mana dapat ribu-ribu peminat sekitar Shah Alam?

selamat berpuasa dan berhari raya.