Sunday, October 24, 2010

Bernafas dalam defisit


Siri pantun belanjawang 2011 



sana pelesit. sini pun pelesit ― yang itu jelaslah pelesit 
semua angguk berpakat baik,  kenduri habuan sesama rakan  
tak ada siapa boleh hampiri ― semuanya dihambat herdik
dulu defisit, sekarang defisit, esok tambahlah lagi defisit
tiga belas tahun, bajetnya defisit, tapi depa hora sakan
itulah rosaknya anak manja, kurang cerdik tersalah didik



"Defisit bagi tahun 2010 pada paras 5.6%, sudah 13 tahun berturut-turut dalam keadaan defisit semenjak 1998. Pada tahun 2009, defisit mencecah 7.4%. Unjuran pertumbuhan KDNK pada kadar 5-6% bagi tahun 2011 juga tidak merangsangkan kerana kerajaan Indonesia mengunjurkan pertumbuhan 7-7.7% menjelang tahun 2014.

Hasil kerajaan bagi tahun 2010 adalah sebanyak RM162.13 bilion. Petronas telah menyumbangkan RM57.6 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, duti eksport dan dividen. Itu bermaksud bagi tahun 2010, lebih kurang 36% daripada pendapatan kerajaan datang daripada hasil minyak."




No comments: