Sunday, October 24, 2010

Siri pantun Belanjawang 2011


Siri Pantun Belanjawang 2011: Nombor lima   


1) Hutang, hutang, hutang dan terus berhutang
 

air yang tenang usah ditebak-duga, di situ bersarang segala maha buaya
semua hidupan apatah lagi jelas bangkainya ― dikerkah, sila tuan undur lari
waspadalah, berhati-hati dan berjaga-jagalah tatkala tuan belayar
Barisan Nasional ibu yang boros: nafsunya ‘hidup ini biarlah sentiasa bergaya’
hobinya melaram, cekapnya: berhutang kiri dan kanan, dan sentiasa lupa diri
anak cucu merintih pedih, hutang piutang dicangkul ibu, dipaksa: “Bayar!”



“Kedudukan hutang awam kita adalah terbalik. Pengurusan ekonomi di bawah Barisan Nasional tidak ubah seperti tabiat buruk ketagihan ibu bapa yang berbelanja sakan dan diwariskan hutang kepada anak cucu.


Nisbah hutang awam kepada KDNK Malaysia bagi tahun 2009 dijangkakan berada pada paras 54 % dan tidak ada apa perancangan khas untuk mengurangkan kadar hutang ini dalam masa terdekat.Balanya ditanggung oleh rakyat tanpa mereka sedari. Belanjawan 2011 memperuntukan sejumlah 8.7% dari keseluruhan perbelanjaan mengurus sebagai caj perkhidmatan hutang.”
Petikan ulasan oleh Ketua Oposisi




No comments: