Thursday, October 28, 2010

ETP sebagai senjata ajaib

ETP  itu kaya retorik, kata LimKit Siang.


Beginilah kira-kira, intipati pandangan Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur tentang ETP itu:

ETP itu sebuah pelan berhasrat besar untuk mengembangkan ekonomi dengan mengiring dana melebihi satu trilion ringgit dari sektor swasta.  Namun begitu persoalan bagaimana duit sebanyak dan sebesar itu boleh diperolehi,  tidak terjawab.  

(PEMANDU menjangkakan pelaburan RM1.38 trilion dalam tempoh 10 tahun itu bakal diperolehi dari sektor swasta, (60%) daripada GLC (32%) dan 8% daripada dana Kerajaan sendiri.) 

Bukan itu saja,  ETPnya Najib atau lengkapnya, “Economic Transformation Programme” ternyata sangat kaya dengan retorik, kata-kata basi sekolah bisnes, ucapan di awang-awangan dan andaian-andaian yang tidak masuk akal berhubung dengan prospek perkembangan ekonomi kita.

Ahli Parlimen veteran itu turut membandingkan program kerajaan itu sebagai bercita-cita (bernafsu?) besar, berbentuk ekonomi ikut perintah ‘command economy’ dan bercirikan ekonomi sebelum kejatuhan Soviet Union, di akhir tahun-tahun 80an.

  
ii.  Senarai projek dalam ETP


Kit Siang telah menyentuhi juga aspek-aspek:

Projek-projek yang termaktub dalamnya,  antara lain meliputi sistem MRT, mass rapid system yang bertujuan untuk mengatasi masalah kesesakan Kula Lumpur dan tempat penyimpanan minyak berdekatan Singapura ― yang bertujuan menjadikannya hub storan minyak di rantau
ini.

Di samping itu projek kasino di Sabah juga dipertimbangkan.


iii.   Apakah yang tercicir dalam ETP?


Menurut panglima DAP itu lagi, sungguh malang sekali kerana:

ETP sunyi dan sepi; tidak mengutarakan apa-apa perubahan polisi dalam membanteras rasuah dan meningkatkan daya saing. 

ETP juga sepi dalam persoalan-persoalan seperti ketelusan dalam proses perolehan, perasionalan pasaran buruh,  termasuk dasar gaji minima dan penghapusan dasar-dasar yang menentang persaingan seperti pengekalan AP.  


iv.  Apakah kaedah pelaksanaannya?


Menurut Lim Kit Siang, kaedah pelaksanaannya memenuhi ciri-ciri berikut:

Sistem perancangan pusat dengan sasaran yang tidak realistik
Statistik palsu demi untuk menunjukkan prestasi
Menentukan siapakah para pemainnya dan mengekang pertumbuhan dengan wujudnya sistem kouta dan subsidi kepada kumpulan korporat tertentu dan terpilih,  termasuk GLC dan korporat pilihan.  

Pendekatan ini, kata LKS memiliki ciri-ciri ‘kebijaksanaan’ ekonomi yang membawa keruntuhan Soviet Union dalam penghujung tahun-tahun 80an.

Tambah Lim Kit Siang lagi,

Untuk terus ke depan, sistem kawalan oleh Kerajaan Pusat ini telah lama ditinggalkan dan Negeri Cina misalnya telah berjaya dengan meninggalkan dasar ini ― iaitu dengan mengamalkan dasar decentralisation, pemindahan kuasa kepada wilayah dan daerah.


v.  Decentralisation?


Mahukah Umno berbuat demikian?  Duit royalti minyak yang menjadi hak Terengganu (tatkala Pas memegang tampuk kuasa) dan Kelantan telahpun direbut dengan zalimnya,  inikan pula mahu membiarkan Negeri-Negeri itu ditadbir dengan adil dan saksama berbekalkan peruntukan yang sedemikian banyaknya?

Umno mahu membiarkan Negeri-Negeri Pakatan ‘aman sentosa’?  Umno mahu  membiarkan Negeri-Negeri yang bukan di bawah jajahan takluknya menyerlah kerana tidak korup, lebih telus dan efisien? 

Usahlah tuan bermimpi.

Bayangkan Umno ― sebuah parti demokrat tulen, bayangkanlah.





No comments: