Saturday, October 23, 2010

Putra Putar Belit

Melayu putar alam


Kita petik bahan dari Tukartiub hari ini, 23 Otober 2010:


“JANGAN TAKUT MENGAKU MELAYU - melayau

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Orang Melayu diingatkan supaya tidak sesekali takut untuk mengakui diri mereka sebagai Melayu kerana ia selari dengan tuntutan agama.

Wakil UMNO Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ini berdasarkan kaedah fikah yang melarang perbuatan menghina keturunan kerana ia dilaknat Allah.

Sambil merujuk segelintir pemimpin parti pembangkang yang mendakwa tidak berbangga menjadi Melayu, beliau berkata, jika mereka bukan Melayu adakah mereka daripada keturunan lain atau sebaliknya.

“Terdapat golongan Melayu terpengaruh dengan alunan yang menyatakan mereka tidak berbangga menjadi kaum itu.”


ii.


Inilah pekerjaan yang paling trampil yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh para pekerja  gerombolan,  menjadi para pemutar belit fakta ― Mat Putar Alam.  Sebagai contoh, bila kita hujah bahawa PPSMI, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Materamtik, mesti ditentang kerana ia menyalahi konsep asas dalam pembelajaran bahasa, Mat Putar Alam akan bangun lalu bertempik, “ Ini Melayu fanatik salah tempat yang bencikan bahasa Inggeris!”


Bila kita katakan bahawa dalam setiap bahasa itu ada sisi budayanya yang sangat kaya yang terkumpul sejak sekian ribu tahun, Mat Putar Alam akan menghunus keris sambil menjerit, “Inilah kaum chauvanis Cina yang tolak bahasa Kebangsaan!”



iii.


Bila kita katakan bahawa kita sangat bencikan kezaliman, ketidakadilan, rasuah, kronisme dan bencikan para perosak segala institusi yang sekian lama terbina dan sangat meluat dengan budaya boros, mereka pun berpidato:

“Langkah mayatku dulu sebelum kamu mahu bermimpi untuk ke Putra Jaya...”


luar biasa,  Mat Putar Alam ini.
sungguh luar biasa.
kalian sememangnya ― luar biasa.








1 comment:

Anonymous said...

sdra,
untuk mengenali identiti dan akar budaya melayu, ada kata misal begini;
bangkit pagi tahan burung
lepas tu pergi mengail
twengahari menegheloh
petang main sepak raga
malam berdikir.

inilah melayu jadi. haaa.haaa