Saturday, October 30, 2010

Rumus matematik

Matematik pengurusan dalam puisi


Salah satu ciri Mahathirisme ialah kegemarannya kepada projek-projek mega.  Projek mega itu pada asasnya, ciri utamanya ialah projek pembangunan infrastruktur fisizal yang besar-besar.  Di samping itu projek mega juga sering dikaitkan dengan pengswastaan.  Umumnya projek ini dilaksanakan secara rundingan terus dan hanya menmanfaatkan mereka yang ada hubungan rapat dengan kuasa politik ― mereka di bawah ketiak kuasa politik.

ii.

Dalam pentadbiran, kita sering temui format amalan-amalan tertentu  yang boleh kita kaitkan dengan rumus-rumus umum yang agak menarik.  Bukankah ada yang berpendapat bahawa semua ilmu (pengurusan) itu boleh dimatematikkan? 

Dalam konteks ini untuk seorang penyair, rumus matematik juga boleh dipuisikan supaya lebih menarik, puitis, seni dan dekat di jiwa kerana kesan visulanya.

Kalau tidak salah,  dalam dunia kepenyairan kita, terdapat seorang dua orang penyair yang menggunakan ‘imej berbentuk gambar atau yang visual’ dalam berkarya.  Abdul Ghafar Ibrahim, (AGI, yang juga seorang pelukis di samping penyair) dan Fuzi Hadi pernah berbuat demikian. Kalau kita mahu berbicara tajuk ini dengan lebih jauh, saya perlu membuka semula teks-teks rujukan sastera yang ada.  Biarkanlah teorinya di situ dulu.  Mari kita teliti rumus di bawah ini, dan jika perlu untuk kita puisikan:   


M= ƒ{Mega, Infrastruktur, Fizikal, Swasta, Runding Terus, Intim Kuasa Politik}

Abjab di atas membawa makna-makna berikut:

M= Mahathirisme iaitu legasi kefahaman dan stail kepimpinan mantan Menteri Perdana kita yang namanya juga demikian.

ƒ: itu dibaca ‘fungsinya atau bergantung kepada nilai-nilai berikut yang terdapat dalam kurungan’.

‘Mega’  itu bermakna ‘projek yang besar-besar yang kosnya pula berbilion-bilion’

‘Infrastruktur’ ialah prasarana ― lebuh raya, menara bertingkat PWTC, lapangan terbang KLIA dan kompleks penempatan pentadbiran Putrajaya.


‘Fizikal’ sepatutnya adjektif ini dikaitkan dengan infrastruktur, supaya menjadi ‘infrastruktur  fizikal’.  Sebenarnya terdapat satu lagi infrastruktur yang bukan fizikal iaitu prasarana spiritual yang tidak dapat dicerap mata kasar.

Salah satu contoh gaya kepimpinan yang begitu menitikberatkan prasarana spiritual ini ialah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, TGNA.

‘Swasta’ ertinya bukan milik kerajaan

‘Runding terus’ membawa maksud harga adalah yang pakat-pakat dipersetujui oleh kedua belha pihak.

‘Intim kuasa politik’ membawa maksud segala orang, suku sakat yang bernaung di bawah ketiak kuasa politik.


iii.


namaya untung itu hak korporat
nah, yang rugi itulah milik  rakyat
ada kalanya kita hulur insentif
tapi jangan pula boros bersubsidi

yang kecil-kecil kurang marginnya
biar mega supaya kelihatan di mata
yang swasta lebih mudah bicaranya
runding terus jelas lebih cepat efisien

jangan bodoh,  asyik bina manusia
orang yang pandai susah diurus
soalannya banyak, rumit berbelit-belit
sekolahnya jangan pakai silibus
dosa pahala
nanti makin susah ngurusnya!


iv.


Mana visualnya?
Itu ― menara seratus tingkatnya!






No comments: