Saturday, October 30, 2010

Seni merapu dan faedahnya

Merapu sangat menguntungkan Umno 


Kaedah kempen yang rancak dipraktikkan sekarang ini amat menguntungkan parti politik yang banyak masalah dan hidup bergelomang dengan pelbagai masalah  ― masalah peringkat nasional maupun masalah tempatan ― lokal.   

Di peringkat nasional, pemerintah misalnya bukan saja berdepan dengan segala macam isu yang paling dasar ― yang belum jua beres-beres, tetapi Umno/BN terus menghadapi masalah sampingan lain yang tidak kurang pentingnya,  sehinggakan rakyat jelata bertambah resah. 

Sebagai contoh,  isu yang berkisar sekitar slogan ‘1Malaysia’― idea kegemaran Perdana Menteri itu sendiri, sentiasa saja menjadi objek gurau senda dan sakat menyakat dalam kalangan rakyat jelata.  Ada yang memandangnya dengan sinis; ada juga yang tidak mempedulikan sama sekali semua itu ― agaknya kerana langit negara kita belum lagi runtuh.   

Ada juga yang benar-benar ingin tahu huraian dan maknanya ‘1Malaysia’ itu, misalnya para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan awam pada akhir tahun.  Siapa tahu, mungkin itulah soalan karangannya kali ini. 

Ada juga yang ingin mengetahui apakah bezanya dasar yang terbaru ini dengan ‘Malaysian Malaysia’nya DAP yang begitu dimusuhi Umno itu? 

Ada pula yang ralit bertanya: Apakah pelaksanaan slogan pemacu semangat untuk ber‘1Malaysia’ ini mengesahkan bahawa sesungguhnya slogan asal kita  “Bersatu Teguh Bercerai Roboh’ telah gagal ― ia gagal kerana tidak memberikan apa-apa kesan walaupun kita sudah lebih setengah abad merdeka?

Itu belum lagi isu-isu yang lain.  Segala kebobrokan jentera dan instistusi pelaksana kita yang sedang bergelut untuk keluar daripada pelbagai kubang masalahnya. 

Belum lagi kita berbicara tentang cerita kehakiman yang menjadi sorotan tajam seluruh dunia dan kembalinya Hakim Hacks II,  ke tengah-tengah pentas!


ii.


Untuk lari dari segala masalah yang besar-besar seperti ini, strategi terbaik ialah dengan merapu kerana merapu dapat mengalihkan pandangan rakyat daripada isu yang sebenarnya lebih gawat yang mencengkam hidup dan kehidupan seharian mereka.  

(Agaknya itulah sebabnya hiburan yang melalaikan dan dilaksanakan secara berterusan adalah senjata yang paling berkesan untuk mengalihkan perhatian.  Kenapakah begitu?  Kata orang, orang yang lapar sememangnya tidak berfikir, kecuali (berfikir) bagaimana mahu mengisikan perutnya yang kosong.  Dan katanya lagi, manusia yang kosong perutnya akan terlupa perut yang kosong apabila disuguh hiburan.  Ini bermakna,  hiburan adalah cara dan kaedahnya melarikan diri dari segala masalah yang dihadapi. 

Di samping Umno/BN tahu bahawa isu dan masalah ini akan diterkam oleh Pas.  Dan terkaman berterusan ini menjadi modal yang sangat ampuh.)


Satu lagi kaedah yang kerap digunakan ialah dengan memutar belitkan sesuatu fakta dengan pelbagai cara.  Marilah kita lihat contoh-contoh laporan/kenyataan kenyataan yang berkaitan. Ini  kita petik daripada Harakahdaily, 30 Oktober 2010:


Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas didakwa telah berkata bahawa, PAS hanya membuat fatwa ‘ikut suka’ demi kepentingan diri.


Untuk menjelaskan,  berikut adalah hujah para pemimpin Pas:


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam.

Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam.
  
"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.


iii.


Selain daripada kegemaran memesong dan memutar belitkan sesuatu fakta, salah satu lagi kaedah yang cukup popular dan tidak kurang pentingnya ialah dengan memulakan sesuatu isu atau agenda. 

Dalam konteks di atas,  kita melihat bagaimanakah, “Pas berfatwa ikut suka hati” telah dimulakan oleh TPM.

Untuk membetulkan keadaan dan menjelaskan persoalan sebenarnya, kepimpinan Pas juga berhujah dengan menerangkan keadaan sebenarnya.  Isu-isu itu dilihat daripada sudut pandangan Pas.   



iv.


Setelah melihat situasi sebegini, kita pun cenderung untuk bertanya, antara lain:


Apakah kaedah menembak membuta tuli dan rambang seperti yang dilakukan oleh TPM itu mencapai sasarannya? 

Apakah mesej dakwah dan amalan Islamnya kerajaan Negeri (Kerajaan Pas itu) yang dilaksanakan selama ini, tidak cukup kuat dan mantap untuk membuktikan bahawa peluru-peluru kapurnya Umno itu tidak lagi berbisa?

Hasil negeri sedia ada, yang jelas sedikit dan terhad itu,  telah berjaya melahirkan pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat.  Bagaimanakah kesannya jika royalti minyak itu dikembalikan kepada tuannya, iaitu rakyat Kelantan?

Program apakah yang mampu dirancang Kerajaan Negeri yang telah dinafikan pelaksanaannya kerana hak royalti minyak ini telah dirampas?  (Sekadar contoh: YIK dengan sistem pendidikan yang  cemerlang,  seimbang dunia dan akhirat itu,  telah melahirkan para pelajar yang nyata cemerlang.  Sekolah-sekolah YIK itu menjadi idaman, rebutan dan contoh di dalam dan di luar negara.)       

Berapa buah Maahad Tahfiz Sainskah yang telah dinafikan pembinaannya kerana rompakan yang nyata ini?

Siapakah yang melahap projek-projek wang ehsan yang heboh dicanang ke seluruh negara itu?  Sahabat baik manakah yang telah menerima hadiah projek-projek tersebut?  

Bagaimana jika cerita kezaliman merampas hak royalti minyak itu diceritakan kepada rakyat jelata dengan teliti, lengkap dengan perinciannya, di mana saja dan oleh setiap penceramah?

Agaknya apa lagi program untuk kesejahteraan rakyat yang dapat dilaksanakan tapi dinafikan dengan begitu zalim sekali oleh Umno?

Bukankah Umno itu sangat gemarkan cerita-cerita pembangunan, segala kehebatan dan kemegahan yang berkaitan dengannya?

Bagaimana jika kita bandingkan bilangan Maahad-Maahad Tahfiz Sains yang dapat dibina dengan menggunakan duit RM5 bilion (baca: bukan peruntukan sebutharga kelas F) peruntukan untuk menegakkan menara yang 100 tingkat itu?

Sekali lagi kita bertanya: Berapa buah Maahad Tahfiz Sainskah yang dapat dibina dengan duit negara yang sebesar itu?

Berapa buahkah?

Demikianlah kesannya,  jika segala peruntukan itu diurus telus tanpa ada yang rembes.  




No comments: