Saturday, October 30, 2010

Siri pantun Belanjawang 2011

Pantun ke lapan


capati dan nan sudah ditelan  
karinya parpu, sadin ikan tongkol
perut kosong menjadi kembung
kiri dan kanan direkanya jalan   
di hujung-hujung terpacak ToL   
merinin pemodal meraup untung


beruk kera kerabatnya lutung
ke dalam dusun telah serakah
putik durian habis dipunggah  
ketawa pemodal meraup untung
Umno cerdik memasang lukah
meniru toyol,  penghisap darah


_________________________________________________________________
“Kenapakah kerajaan tidak memiliknegarakan PLUS? Pada tahun 2008, DAP telah mengemukakan satu model kepada kerajaan untuk mengambil alih PLUS. Kerajaan bukan sahaja dapat menjimatkan RM14 bilion dalam tempoh tahun 2009-2015, malah rakyat dapat menggunakan lebuh raya di bawah PLUS secara percuma menjelang tahun 2016.”

Ketua Oposisi