Friday, October 29, 2010

Siri Pantun Belanjawang 2011

Pantun Belanjawang 2011 ke Tujuh  


batang rotan segak bermotif   
rendam sejengkal ke dalam baldi
untuk Proton istilahnya ― insentif
rakyat melarat layaknya subsidi  


rendam sejengkal ke dalam baldi
diracik-racik menjadi puntung   
rakyat melarat layaknya subsidi
biar si kaya menghitung untung


__________________________________________________________________

"Sebagaimana yang kita tahu, hutang (isi rumah) untuk kereta berlaku oleh kerana harga kereta (domestik) adalah antara yang tertinggi di Asia," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd, katanya mendedahkan, sebanyak 27 peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah (76.6 peratus dari KDNK) konsumer adalah berpunca oleh hutang pinjaman kereta.

Akibat dari itu, beliau mendakwa polisi protektisme Proton adalah suatu polisi yang tidak membantu rakyat mengurangkan peratusan hutang isi rumah jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun ini.

"Masalah hutang kereta yang mahal, masalah gaji yang kecil seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak menghiraukan masalah-masalah sampingan ini.

 "Masalah Proton dengan kos pengeluarannya yang masih terlalu tinggi, maka kerajaan tidak melihat persoalan-persoalan ini untuk mengatasinya," beliau menambah.

Tuntas dari itu, beliau mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I pada 15 Oktober lalu sebagai suatu belanjawan yang gagal menangani masalah peningkatan peratusan hutang isi rumah rakyat.”


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengkaji semula polisi protektisme dalam industri automotif Negara, di lobi Parlimen, petang semalam. 


Sumber: Harakakahdaily,  29 Oktober 2010.




No comments: