Friday, October 29, 2010

Seperti biasa


Semuanya ― seperti biasa


Tanyalah berapa banyak soalan perundangan yang paling geliga sekali pun yang tuan dapat fikir dan kumpulkan, silalah tanyakan.  Tanyalah soalan yang sebagus mana sekali pun kerana soalan-soalan itu tepat, jitu dan relevan dengan kes, silalah tuan tanyakan, tidak mengapa.

Semua ituya, semuanya tuan boleh lakukan, tidak mengapa.  Semua ini tidak memberikan makna apa-apa kerana yang paling utama ialah hasil di penghujung seluruh episod ini. Penghujung sebuah episod yang telah mereka mulakan...dan tentunya akhiri. 


ii.

Ramai yang merasakan bahawa tak apa pun yang sedang berlaku kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang luar biasa yang sedang berlaku. 

Maka mereka pun memasuki pejabat ― membuka akhbar pagi itu sambil menghirup kopi,  mengunyah karipap, lalu terkejut beruk membaca tajuk muka depan, lalu mangut-mangut, “Ahhh...dahsyatnya orang ini.  Nasib baik tidak jadi pemimpin besar negara!”   

Petangnya mereka pulang, mandi manda,  sembahyang maghrib dan isyak seperti biasa. Cuma sembahyangnya sedikit berbeza; sujudnya sedikit berlainan kerana lebih mendalam dan lama.  Dia memohon supaya ditunjukkan jalan yang benar dan diredhai. 

Tepat pukul 8 malam, tanpa gagal ditontoni tv yang menceritakan cerita yang sama.  Anak-anak pun sangat gembira kerana dapat belajar senarai perkataan baru.  Malam ini ‘rectum’.

Malam itu, dia memeluk bininya seperti biasa...



Dirgahayu rakyatku.


___________________________________________________________________
“Lim Chong Leong: This must be the first time in any court of law that the court is not interested in finding out the truth.

In any fair system, the judge would have ordered the witness to refer to the notes, presumably made by him, to jog his memory or at least ensure that his testimony and his contemporaneous notes are consistent, and therefore the witness is credible.

Here in Bolehland, the judge refuses admission of the notes and allows the witness to insist he cannot remember while the notes are there but all parties are forced to close their eyes to it.

How can a judge refuse the defence the clinical notes in cross-examination? How can the judge and the witness both collaborate to the exclusion of the evidence by simply refusing to refer to it? This sandiwara (theatre) is becoming too obvious.”

Sumber: Why is the court not keen in finding the truth? Malaysiakini, 28 Oktober 2010, 7:34 pagi .  (Nota tambahan penulis: Asking the obvious?  Habiskan beras dan membuang masa saja!)