Thursday, November 4, 2010

Malim Deman


Erti pembangunan pada zaman Malim Deman


Mengenai ‘Hikayat Malim Deman’ itu pernah berkata yang bijak pandai itu,  begini:


“Maka apabila kita manusia abad kedua puloh sekarang membacha Hikayat Malim Deman dengan mengingat akan latar-belakang-nya dan keadaan masharakat zaman dahulu, dapatlah kita meni’mati-nya sa-bagai sa-buah hasil sastera yang sangat tinggi mutu-nya.  Siapa-kah yang telah menchipta hikayat ini tidak-lah di-ketahui.”

R.Roolvink, Profesor Pengajian Melayu
Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.
September, 1962.

Kita pun ingin memetik dari hikayat ‘yang tinggi mutu sasteranya’ itu tentang pembangunan di sa-buah negeri/kerajaan Bandar Muar namanya:


‘Selup wangkang bergandingan,
Berjenis-jenis gada-gada-nya,
Ada yang merah gada-gadanya,
Muatan sutera dan mastuli;
Ada yang puteh gada-gadanya,
Muatan lilin dengan getah;
Ada yang ijau gada-gadanya,
Muatan kesumba dengan malau;
Ada yang kuning gada-gadanya,
Muatan emas dengan perak.’


Apabila dewasa Malim Deman itu, maka bermimpilah dia perihal tuan puteri tujoh beradik.  “Ada pun di antara tuan puteri tujoh beradik itu sa-orang yang teramat elok rupa-nya mengalahkan sifat sekalian perempuan di-dalam negeri keyangan:

Minum ayer berbayang-bayang,
Santap sireh berkacha-kacha:


ii.


Hari ini dalam abad ke-21, kita pun berpantunlah tentang pembangunan sebuah negeri,  Malaysia  namanya:

bapa harimau gagah berbelang
pelanduk jua belang berkawan
segak sepadan tidaklah berperi
mudah kubaham tatkala kulapar  
ke kaki langit menara menjulang
tinggi melayup membelah awan  
pada mendongak dagang dan santri
begitu hebat menara berkembar

tentang falsafahnya, maka kita temui:

sekarang mutu dulu lori
sekarang satu dulu hadhari


iii.


Begitulah besarnya makna sesebuah karya itu, tidak kira di zaman mana sekalipun manusia itu hidup dan berkarya. Tulisan dan karya adalah rekod yang dapat diteliti oleh mereka yang berminat untuk meneliti segala cerita dan rahsia yang tersimpan di dalamnya.

Ada pun Hikayat Malim Deman ini diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1963 dengan harga $ 1.90 (Ringgit Malaya Satu Ringgit dan Sen Sembilan Puluh saja) senaskhah.





No comments: