‘Dinsman (Artikel 203, 24/1)
Paksi sedang cari jawapan kepada soalan ini
Tarikhnya agak jauh lagi, 23 Februari. Kira-kira sebulan lagi. Lama lagilah masanya, untuk diwar-warkan sekarang, kata mereka. Tapi saya tak setuju pandangan itu. Maka beberapa orang sahabat budayawan sudahpun menerima undangan saya melalui SMS, memaklumkan acara berkenaan. Biarlah walaupun masih awal.”
…
“Maka dengan mudahnya tercapailah beberapa persetujuan. Antaranya untuk mengadakan majlis Bicara Buku. Buku yang dipilih oleh Paksi bagi sesi yang pertama pada 23 Februari itu ialah kumpulan cerpen Razali Endun yang terbaru berjudul Ranum, dan Kumpulan Esei Budayawan Bertindak, menyokong perjuangan A Samad Said (KEBB).
Dua orang yang akan membicarakan karya Razali Endun itu ialah Sasterawan Negara A Samad Said, dan pensyarah sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia, Che Abdullah Che Ya. Manakala yang akan membicarakan buku KEBB ialah Sasterawan Negara Anwar Ridhwan, dan veteran politik yang baru saja meletakkan jawatan politiknya (Timbalan Presiden PKR) untuk kembali ke dunia sastera dan budaya, Syed Husin Ali.
Seniman Paksi Rakyat Malaysia (Paksi) sangat mengalu-alukan kembalinya Syed Husin Ali kepada dunia sastera dan budaya, yang suatu masa dulu beliau pernah aktif sebagai penulis esei sastera. Paksi mempunyai harapan besar kepada beliau untuk membantu menyemarakkan lagi aktiviti budaya kita. Seperti beliau begitu gigih dalam perjuangan politiknya, kini kita mengharapkan beliau segigih itu pula dalam perjuangan budaya.”
MAJLIS BICARA BUKU
1. Antologi cerpen “Ranum” karya Razali Endun oleh Sasterawan Negara A Samad Said dan Che Abdullah Che Ya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
2. Kumpulan Esei Budayawan Bertindak, menyokong perjuangan A Samad Said (KEBB) oleh Sasterawan Negara Anwar Ridhwan dan Syed Husin Ali
Tempat:
Dewan Utama Perpustakaan Negeri Selangor, Shah Alam
Tarikh: 23 Februari 2011 (Rabu)
Masa: Pagi...
(Silalah hadir bersama-sama Paksi)
No comments:
Post a Comment