Tuesday, April 5, 2011

Bila Hantu Raya berPolitik

Kuasa yang berhantu

Kita kerap membaca orang memetik pemerhatian bijak pandai (maxim? ― iaitu a saying, general truth or rule giving a guide to good behavoiur)  bahawa sesungguhnya ‘power corrupts and absolute power corrupts absolutely.”

Dalam pemerintahan kita, di antara agensi yang menjadi pusat@otak pentadbiran negara termasuklah agensi-agensi seperti ICU (Implementation and Co-ordinating Unit) dan EPU (Economic Planning Unit).  Ini adalah di antara ‘jabatan kerajaan’ yang tersangat tersohor kerana kuasa, peranan dan pengaruh yang dimainkannya.  Orang-orang besar,  di posisi penting ini adalah tenaga pakar yang paling depan dalam membantu bagaimana peruntukan negara diurus dengan baik dan efisien.  Ketua-ketua Jabatan yang lain,  termasuk para ketua pengarah pun terpaksa kow-tow, tunduk kepada orang-orang besar pentadbiran kita ini kerana kuasa penentu yang mereka miliki.  Ketua-ketua pengarah ini perlukan kelulusan agensi-agensi seperti ini untuk mendapatkan peruntukan tahunannya.  

Namun masa telah mengubah keadaan ini.  Unit-unit besar yang berperanan besar dalam merancang pembangunan negara ini dirasakan semakin menurun dan sedikit gerhana apabila dasar pengswastaan menjadi semakin galak.  Kuasa orang-orang besar dalam pentadbiran awam ini telah perlahan-lahan digerogoti oleh politikawan, khusunya menteri Yang Perdana.

Demikianlah besarnya segala kuasa yang dimiliki oleh orang-orang politik ini.


ii.

Gerakan Darurat Bahasa (GDB) baru saja dilancarkan dan akhbar Harakah telah meloparkan peristiwa ini dengan panjang lebar termasuk responsnya mantan orang-orang besar Dewan Bahasa dan Pustaka.  Mantan pegawai besar ini  antara lain mengeluh bahawa sebagai pegawai kerajaan, staf DBP juga tidak terdaya berbuat apa-apa kecuali patuh kepada kehendak sang menteri. 

Mungkin jika bertanyakan para pemimpin persatuan penulis yang besar dan gah kerana pengaruhnya juga akan berkata demikian.  Ertinya persatuan penulis, biar betapa besar sekali pun, tidak ada kuasa.  

Mungkin kalau kita tanyakan profesoreee Melayu yang kepakarannya juga bahasa dan budaya Melayu, mereka juga menjawab, “Kita tidak terdaya kerana ini semua adalah kehendak kerajaan@menterinya.  Mereka yang lebih arif tentang dasar-dasar kerajaan.  Tugas kita juga ialah mematuhi arahan dan kehendak itu.”

Semasa bertugas di salah sebuah negeri dulu, seorang besar sebuah portfolio dalam negeri juga pernah menyindir, “ Kita orang kecil, kita hanyalah menjalankan dasar-dasar kerjaaan.  Ikutlah apa kata orang-orang besar.”

Saya mendengar dan fahami sindiran yang cukup tajam itu.  Pada pandangan saya ketika itu (dan juga kini), sama ada saya patuhi atau tidak kehendak orang besar itu, bukanlah menjadi hak mutlak orang besar negeri itu.  Dia bukanlah kuasa yang paling menentukannya.  Dia tidak boleh memaksakan kehendaknya ke atas saya,  semata-mata kerana dia orang yang besar dalam negeri.  Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya juga memiliki hak untuk membuat (pada pandangan saya ketika itu) yang terbaik. 

Semua itu kini menjadi sejarah.

Ramai yang tewas kerana (kuasa) politik itu adalah durian.  Apakah kerana kita ini mentimum,  makanya kita patuhi segala-galanya ― hatta segala nafsu serakah mereka?

Sekarang ini kita sedang melihat segala gerak geri dan tingkah berhelah para mufti yang tentunya akan mati jua akhirnya, untuk bertemu Maha Penciptanya.

Kita melihat dengan teliti ― segala buah silat mereka ini.






No comments: