Saturday, April 9, 2011

BN tak tipu punya


Muhyiddin dakwa manifesto Pakatan sebagai ‘bintang dan bulan’
April 09, 2011 dari The Malaysian Insider

SIBU, 9 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Pakatan Rakyat yang menabur janji kosong dalam manifesto untuk memancing undi pada setiap pilihan raya. 

Beliau berkata slogan “ubah” atau “change” yang digunakan dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak adalah modal lapuk. 

“Barisan Nasional (BN) yang melihat masa depan negara dalam perspektif yang lebih luas mahukan transformasi agar Malaysia dan Sarawak terus berkembang dan maju,” katanya pada majlis makan malam 1 Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri yang dihadiri lebih 1,000 orang di sini malam tadi. 

Pakatan Rakyat mengumumkan manifesto bertemakan “Jom Ubah Sarawak” yang menggariskan 10 dasar secara serentak di sini dan Kuching. 

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin (gambar) berkata, pada pilihan raya umum yang lepas, Pakatan Rakyat berjanji untuk memberi “bintang dan bulan” tetapi sehingga kini, mereka tidak melakukan apa-apa di negeri-negeri yang mereka kuasai. 

Sambil memberi contoh, beliau berkata manifesto Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum yang lepas termasuk memberi elaun kepada ibu-ibu tunggal, caruman takaful RM2,500 untuk warga emas dan memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran universiti. 

“Semua ini tidak ditunaikan sehingga hari ini. Ini hanya satu tawaran sahaja yang tidak pernah dipenuhi,” dakwa Muhyiddin. 

Sehubungan itu, Muhyiddin menyeru penduduk di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang. 

“Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi. 

“Program-program transfromasi ini mencakupi semua bidang dan ia adalah jauh lebih besar daripada perubahan yang diuar-uarkan pihak pembangkang yang bertanding di Sarawak,” katanya.
__________________________________
Pandangan yang berbeza

Ada dua buah teori yang pernah dibentangkan oleh dua orang ilmuan Universiti Malaya.  Kita sering mendengarnya tapi ― mungkin tak begitu betul-betul menghadamnya.  Yang satunya bernama “Teori Anjakan Makna” Rohman Shaari, sementara yang satu lagi ialah “Teori Kata Kunci” oleh Mokhtar Hassan.

Dalam berita di atas, di antara kata-kata kuncinya ialah:

1. Menabur janji kosong
2. Memancing undi
3. Slogan ubah modal lapok
4. Mereka tidak melakukan apa-apa di negeri-negeri yang mereka kuasai. 
5. “Saya berharap penduduk di negeri ini menyokong usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan pelan transformasi ekonomi. 

Kalau kita masukkan ini ke dalam jadual, maka hasilnya ialah seperti berikut:


Bil.

Hujah


Anjakan Makna Satu


Anjakan Makna Dua

Bukti Yang Rakyat Lihat

Apa yang rakyat Sarawak mesti buat


1


Menabur janji kosong
BN tak berjanji kosong
BN tak pernah berbohong

Buka mata (termasuk mata hati)

Jangan Undi BN

2


Memancing undi

BN tak pancing undi

BN tak pernah  pancing undi



ditto


Jangan undi BN

3


Slogan ‘ubah’ itu lapok  

BN tak ada slogan


Slogan BN segar

ditto

Jangan Undi BN

4
Mereka tak buat apa-apa
di negeri yang mereka kuasai
BN buat segala-galanya di Malaysia lebih-lebih lagi Sarawak
BN pemerintah terbaik di negara ini


ditto

Jangan Undi BN

5
Sokong Transformasi Najib

Slogan BN tak pernah tak betul@bohong
Slogan, janji BN betul dan benar

ditto

Jangan undi BN



1 comment:

Anonymous said...

HABIS, JADI KEPALA BAPAK APA SUDAHNYA?


azizi