Wednesday, April 6, 2011

"Cuba cita..."

11 pelatih Pulapol di PD dijangkiti Adenovirus, H1N1

Apr 5, 11 4:18pm

Sebelas pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Port Dickson dimasukan ke wad Hospital Port Dickson akibat jangkitan Adenovirus dan H1N1 sejak 31 Mac lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata seramai 93 lagi pelatih Pulapol yang berpusat di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Teluk Kemang, Negeri Sembilan itu diletakkan di bawah pengasingan di kem itu.

Liow berkata kesemua pelatih yang mendapat rawatan di hospital berada dalam kedaan stabil.

"Daripada 11 pelatih itu, enam pelatih disahkan dijangkiti Adenovirus manakala lima lagi H1N1. Kita mula mengesan jangkitan itu pada 31 Mac setelah menunjukkan simptom jangkitan virus berkenaan seperti demam panas dan batuk," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Seramai 1,000 pelatih konstabel lelaki sedang menjalani latihan di kem Pusasda sejak awal Januari lepas.

Beliau berkata kementerian telah mengarahkan semua pusat latihan termasuk polis, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lain-lain supaya mengutamakan kebersihan dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan kematian tiga pelatih polis di Pulapol Jalan Semarak, Kuala Lumpur akibat jangkitan virus Adeno.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak andaian virus Adeno, yang merebak di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson, Negeri Sembilan menular dari Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Beliau berkata virus itu berkemungkinan menular menerusi pegawai Pulapol yang mengunjungi Pusasda di Telok Kemang, Negeri Sembilan.

"Pegawai dari Pulapol tidak berkomunikasi dengan pelatih di Pusasda namun kuman-kuman virus mungkin mengikut sama melalui badan atau pakaian dan menyebarkannya," katanya dalam sidang berita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Wisma Kementah di ibunegara hari ini.

Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan masih berusaha mengesan individu yang dipercayai membawa virus itu ke Pusasda.

Ahmad Zahid berkata beberapa langkah segera telah diambil untuk mencegah penularan virus itu termasuk memasang pita kuning di kawasan pelatih serta menempatkan seorang pakar perubatan dan tiga pegawai perubatan dari Hospital Tentera Tuanku Mizan di sini untuk memantau keadaan Pusasda setiap hari.

Ahmad Zahid berkata sehingga semalam, seramai enam perajurit muda diasingkan dan ditempatkan di sebuah blok khas kerana mempunyai suhu badan melebihi 38 darjah celcius.

"Mereka hanya disyaki (menghidap virus adeno)...oleh itu, diharapkan dengan pengambilan air suam sebanyak empat liter sehari dapat menyegerakan penurunan suhu badan," katanya.

Selain itu, beliau berkata 20 pelatih polis termasuk enam daripadanya dipercayai menghidapi Influenza A (H1N1) dimasukkan ke Hospital Port Dickson dan Hospital Seremban.

Pusasda kini melatih 1,000 pelatih polis dan 2,138 perajurit muda di bawah program latihan bersama Strategi Samudera Biru.


- Bernama

______________________________________


Ada pembaca Malaysiakini versi Inggeris menyatakan bahawa keadaan kebersihan yang tidak memuaskan menyebabkan semua ini berlaku.

Sementara itu tidak kurang pula yang bertanyakan soalan cepu emas ini:  Kenapakah hanya tempat-tempat begini yang terkena musibah ini?

Sementara itu,  Pak Menteri dilaporkan bermadah:

“Pegawai dari Pulapol tidak berkomunikasi dengan pelatih di Pusasda namun kuman-kuman virus mungkin mengikut sama melalui badan atau pakaian dan menyebarkannya," katanya dalam sidang berita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Wisma Kementah di ibunegara hari ini.

Seorang pembaca blog Malaysiakini pula mengulas begini:

“kalau benci sekalipun saudara kpd polis jgnlah begitu katanya, simpati kpd mangsa dan keluarga mereka..semoga Allah bersama mereka dan melindungi orang-orang yang benar.”

Seorang lagi pembaca berharap agar penyakit ini janganlah sampai merebak ke luar dari pusat latihan ini. 

Sehingga kini, belum ada arahan atau komen (biasanya dari Pak-Pak Menterilah) meminta agar isu ini “jangan dipolitikkan!” 

Kalaulah ada tega mahu mempolitikkan isu ini, tentulah payah ibu-ibu, bapa-bapa,  pak cik-pak cik tikus,  menjelaskan kepada orang-orang atasannya: 

Kenapakah tikus pula mahu dipolitikkan?

Tikus adalah tikus ― dan TIKUS tak pernah sama dengan politikus!

Yang jelas, tikus tak makan gaji daripada sesiapa pun ― termasuk kerajaan Malaysia@Umno.


ii.

Agaknya...

Apa pula pandangan pihak yang berkuasa dan amat berwibawa dalam hal ehwal agama, seperti para mufti kita dalam cerita ini?

Ya, ya...

“Cuba Tok Mufti tolong citakan.  Citalah...”