Saturday, May 28, 2011

Bukan sekadar syarahnya


Dari laman detikdaily

Isu KUIN: PR boleh hilang talian hayat

Posted on Friday, May 27 @ 18:05:19 PDT by paktam
Belum pun reda isu 17 orang mahasiswa Universiti Malaya yang diborong dengan prosiding tatatertib AUKU, Solidariti Mahasiswa Malaysia sekali lagi mengecam tindakan Kolej Universiti Islam Insaniah Kedah (KUIN) yang mengenakan tindakan tatatertib terhadap enam orang mahasiswa yang disabitkan dengan pertuduhan dibawah peruntukan undang-undang kolej universiti tersebut.

Antara pertuduhan yang dikenakan kepada enam orang mahasiswa tersebut ialah:

Pertuduhan mengadakan perhimpunan
Pertuduhan melakukan kenyataan terbuka
Pertuduhan menggunakan pembesar suara
Pertuduhan menghasut mahasiswa lain keluar daripada Kolej tersebut.

Dalam prosiding yang berlangsung pada awal hari ini (25/5/2011), keenam-enam mahasiswa tersebut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman seperti berikut:

1. Mohd Faiz B. Mohd Arshad: Digantung 2 semester pengajian.
2. Mohd Azlan Bin Mat Zain: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
3. Ahmad Remi Bin Mohd Arof: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
4. Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin: Surat Amaran dan Denda RM100.
5. Zukhilatif Bin Marzuki: Surat Amaran dan digantung 1 semester.
6. Muhamad Aiman B. Che Abd Razak: Surat Amaran dan digantung 1 semester. 
__________________________________


Ada satu dua aspek yang boleh kita teliti bersama:

Pertama: Perbandingan tindakan oleh penguasa IPT
Perbandingan pendekatan dua buah penguasa universiti terhadap suara para warganya (baca: anak-anak muda mereka) yang berbeza ― ertinya suara-suara yang TIDAK sealiran dengan pemikiran Sang Penguasa itu sendiri. Satunya di Kedah ― sementara yang satu lagi itu di Kuala Lumpur.  Yang satu ditadbir oleh regime sedia ada, sementara yang satu lagi itu ditadbir oleh parti yang yang katanya mahu menggantikan regime.

Kedua: Senarai tuduhan yang dikenakan

Senarai tuduhannya ialah mengadakan perhimpunan, mengeluarkan kenyataan terbuka dan paling pelik dan ajaib menggunakan pembesar suara.

Ketiga:  Peranan para penulis dalam menyatakan kebenaran

Peristiwa seperti ini mengingatkan kepada kepada peranan dan tanggungjawab para penulis.  Apakah yang perlu para penulis, sasterawan atau wartawan (lebih-lebih lagi wartawan akhbar parti seperti Harakah) lakukan apabila dan setiap kali berdepan dengan kejadian-kejadian seperti ini?

Apakah seperti normanya sekarang ini, mereka sekadar dan hanya menjadi penonton di luar pagar?

Dalam konteks ini kita berpendapat para penulis, wartawan dan sasterawan mestilah bangun untuk menyatakan apa yang mereka fikirkan dan percaya adalah benar.  Ini bermakna wartawan akhbar parti seperti Harakah juga mestilah berani menyatakan bahawa tindakan (jika apa yang dilaporkan oleh Detikdaily ini tepat) seperti di atas ini TIDAKlah berbeza dengan cara dan kaedah regime sedia ada ― sebuah regime yang tertutup, beku dan begitu takut kepada kritikan.  Sebuah regime yang melihat IPT itu seolah-olah sebuah sekolah rendah di Weng.


Siapakah yang yakin bahawa Pakatan Rakyat juga berbeza? 

Percayalah, yang dilihat rakyat bukanlah hanya syarahnya saja.   


No comments: