Tuesday, May 31, 2011

Naik, jangan tak Naik

CERITA KENAIKAN KADAR ELEKTRIK  


Cerita SATU (Sumber: Laman Malaysiakini)

Menteri: K'jaan tiada kuasa dedah kontrak IPP
Regina Lee
Mei 31, 11  3:38pm

Kerajaan tidak boleh memaksa Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum kerana ia dimeterai oleh entiti swasta.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata PPA ditandatangani antara beberapa pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Jadi, siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya?” katanya kepada Malaysiakini di Putrajaya.

PPA adalah kontrak undang-undang antara pengeluar tenaga dan pembeli tenaga.

_____________________________________

Cerita dua (Sumber: Detikdaily)

Tarif elektrik naik ketika TNB tipu rakyat
Posted on Monday, May 30 @ 03:02:25 PDT by paktam

Bacaan meter eletrik di premis dua bulan sekali ada agenda tersembunyi. Inilah dasar kapitalis yang mengaut keuntungan dalam bisnes secara tidak beretika. Lebih-lebih lagi apabila agenda kroni dan politik saling berkait. Rakyat yang alpa mudah tertipu. Mangsa yang terperangkap ialah rakyat jelata di bawah slogan 1Malaysia. TNB, pembekal tenaga elektrik monopoli, mengamalkan secara bergilir-gilir bacaan meter di premis dan bacaan meter anggaran yang diposkan.

Mengikut maklumat dalam pengurusan TNB, ini adalah agenda politik untuk membantu kroni. Pos Malaysia kepunyaan Syed Mokhtar al-Bukhari, rapat hubungannya dengan orang nombor satu negara dan parti juara rakyat. Penulis dimaklumkan bahawa atas arahan kerajaan, TNB wajib menggunakan khidmat Pos Malaysia untuk menguruskan pos bil bulanan secara dwibulanan. Pos Malaysia mengambil caj sebanyak RM3.00 atas satu bil. Ini maklumat yang diberikan oleh pengurusan TNB.


__________________________________________

Cerita Tiga: (Sumber: Akhbar Gomen)

Tarif elektrik naik 7.12 peratus, kuat kuasa 1 Jun
TERKINI @ 07:31:46 PM 30-05-2011
May 30, 2011

PUTRAJAYA, 30 Mei – Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.

Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna domestik.
Langkah itu sebahagian daripada proses merasionlisasikan subsidi yang sedang dilaksanakan.

Di bawa keputusan itu, kerajaan  mengumumkan purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen kw sejam daripada 31.31 sen kw sejam.

Laporan Bernama Online menyebut, bagaimanapun langkah berkenaan tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus penduduk yang menggunakan kurang daripada 300kw sebulan.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Tenaga Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin.


____________________________________


Cerita empat (Sumber: Malaysiakini)

DPM: Government not in a popularity contest
Regina Lee
May 31, 11  1:26pm

The federal government admits that hiking the energy tariffs as announced yesterday may not be the most popular thing to do.

However, Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin said, the effects would be even more adverse for the nation if the government were to suppress energy prices artificially low.

"This is not a question of popularity. Sure, we won't be popular if the price of anything increases.

"But we are a responsible government. If we were to keep the prices low, letting it take its toll on the federal budget just to make the people happy, it's the people who will suffer in the long-term and it wouldn't be responsible of us," said Muhyiddin (left).

_______________________________________________  


Bacalah berita di atas elok-elok, jika perlu ulanglah berkali-kali
Hadamkan hujah tentang subsidi diselaraskan ― untuk negara supaya sejahtera

Ikatlah pinggang kuat-kuat.
Jika perlu tindihlah dengan batu.


Walau apa pun, simpanlah tenaga untuk:

Tarikh: 9 Julai 2011
Tempat: Pelbagai tempat Kuala Lumpur


(Jangan lupa ― ajaklah para penyokong kental Gerombolan supaya ikut serta bersama kita.  Mereka juga ingin tunjuk syukur kerana TIDAK TERLIBAT dengan SEBARANG kenaikan harga.)





No comments: