Monday, May 30, 2011

Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin


Tak ada beban batu digalas.
(When will they ever learn?)

(Tak ada pilihan, perlu dirujuk juga untuk bentangkan ceritanya)

Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.

"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.

_________________________

ARKIB : 29/05/2011

Ada ‘pengacau’ dalam pemilihan

PARTI Islam SeMalaysia (Pas) bakal menentukan barisan kepimpinan yang baru pada minggu depan. Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden menyaksikan saingan paling sengit dengan pertandingan tiga dan enam penjuru.

Pertandingan kali ini juga menyaksikan kewujudan kelompok baru yang dikenali dengan nama tertentu yang kononnya mahu mengambilalih penguasaan kelompok ulama dalam parti itu.


Bagaimanapun, Ketua Pemuda Pas Pusat, NASRUDDIN HASSAN TANTAWI, menyangkal kewujudan golongan ini. Beliau melihat istilah tersebut hanya dilabelkan oleh pihak luar yang mahu merosakkan parti tersebut. Nasruddin yang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Pemuda Pas Pusat pada pemilihan kali ini menyifatkan golongan ulama masih relevan untuk menerajui parti itu. 

Wartawan Mingguan Malaysia, YUSRI SAHAT dan jurugambar, RUSHDI SALLEH menemuramah Nasruddin di kediamannya di Kuantan kelmarin bagi mendapatkan pandangannya berhubung perebutan jawatan dalam pemilihan parti itu kali ini.


MINGGUAN: Bagaimana ustaz melihat pemilihan kali ini terutama membabitkan perebutan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden Pas?

NASRUDDIN: Dasar dan peraturan dalam parti membenarkan berlakunya pertandingan. Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dalam sistem demokrasi, kita memang disyaratkan supaya melakukan pemilihan antara jawatan kuasa parti.

Ia juga sebahagian perlembagaan parti. Pertandingan itu menjadi satu yang `nature' bagi sesebuah parti politik. Sejak awal Pas ditubuhkan hingga sekarang, memang berlaku pertandingan sama ada di pucuk pimpinan tertinggi dan di peringkat jawatan kuasa. Adakalanya tiada pertandingan di pucuk pimpinan tertinggi. Oleh itu, perebutan jawatan di peringkat Timbalan Presiden bukan menunjukkan sesuatu pertembungan yang parah atau krisis yang tidak boleh ditangani.

Pertembungan itu saya sifatkan lebih kepada pencalonan yang dihasilkan di peringkat kawasan. Apabila nama mereka dicalonkan, ada yang menarik diri dan ada yang menawarkan diri.


_____________________________________


Melihat berita di atas, saya cuma teringat kepada sahabat teman saya, Dinsman.

Dinsman,

Dakwat tulisan saudara dalam kolum Wacana Budaya Harakah belum pun kering lagi.

Jika ada di kalangan kita yang ingin teliti komen para pembaca secara terperinci, silalah layari the Malaysian Insider, versi Melayu.  Ada lagi yang lebih sahih dan menarik.

Rupa-rupanya payah juga hendak dikawal keinginan itu.  Betul jugalah, bukannya senang bila perolehi peluang diperdanakan.



No comments: