Sunday, June 12, 2011

Babak-babak pandir lagi bebal


Sumber: Laman Malaysiakini

Awang: Melayu sertai Bersih dangkal berpolitik
Jun 12, 11 12:54pm

Kolumnis kontroversial Utusan, Awang Selamat menyifatkan orang Melayu yang menyertai Bersih - yang akan mengadakan perhimpunannya 9 Julai depan - sebagai mereka yang dangkal berpolitik, kerana mendakwa faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain.

Menurutnya, pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang, akan tersenyum puas kerana rata-rata yang menyertai Bersih sudah tentunya orang Melayu.

"Begitulah dangkalnya Melayu berpolitik, yang faedah besarnya dinikmati kaum lain," tulis Awang Selamat dalam kolum 'Bisik-Bisik Mingguan' dalam
Utusan Malaysia hari ini.

Lebih menimbulkan persoalan, tulisnya lagi, ialah perhimpunan itu didakwanya turut didalangi NGO yang anti-Islam dalam pemikiran dan tindak-tanduk mereka.

"Penyertaan PAS lebih sekadar pak turut kerana golongan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas sudah menguasai parti itu.

"Timbalan presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu pula mahu menjadikan perhimpunan itu bagi membuktikan kebolehan dan pengaruh beliau," tulis Awang Selamat.

Bagi PKR pula, katanya, Bersih akan menjadi suntikan baru kepada mereka yang amat lemah sekarang.

"Orang yang paling gembira di sebalik perhimpunan itu nanti ialah Anwar," tulis Awang yang mendakwa ia merupakan satu lagi peluang bagi mengalih masalah moral ketua pembangkang itu.

Sehubungan itu, Awang mencadangkan kepada rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan menolak hipokrasi agar berdiri di kiri dan kanan laluan, dengan membawa sepanduk skandal pemimpin pembangkang.

"Paparkan juga keratan akhbar beberapa individu yang menjadi mangsa liwat. Merekalah yang sebenarnya perlu dibela jika kita mendokong budaya bersih.

"Apa juga yang mahu dipaparkan, paparkan sahaja atas nama bersih. Awang percaya, perhimpunan tersebut boleh sedikit sebanyak bertukar wajah dan akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada pembangkang," tulisnya.

Awang turut mengimbas perhimpunan Bersih 2007 dan beberapa perhimpunan yang menurutnya, mencetuskan kekecohan. 

______________________________________


Di MahaSerbaBolehLand, Harian Paddy Kutty (setelah ini HPKutty) akhbar arus perdana miliknya parti pemerintah OhNoNo, sedang memerhati dengan teliti dan penuh  minat, segala gerak pihak Oposisi dalam menghadapi PRU13 nanti.  Mengikut pengamatan kita, salah satu daripadanya ialah minat berlebihan OhNoNo terhadap segala kerja buat pihak Oposisi dan para NGO itu dalam berdepan dengan tingkah SPR, Suruhsaja Patikpasti Rembat selama ini.  

Program Oposisi dan NGO memprotes ketidakpedulian dan ketidakbecusan SPR ini diperkenalkan sebagai BersihkanRumahSPR (setelah ini Bersih2). 

Dengan latar sedemikian inilah, wartawan kanan HPKutty telah berpeluang menangkap getaran nurani editor kanan, yang paling kanannya HPKutty, Awangku Batu (setelah ini AB) berhubung program Oposisi ini.  

Silalah ikuti  wawancaranya Ahmad Lelap Selalu (setelah ini ALS) dengan AB.  

ALS: Apakah pandangan Tuan Batu tentang penglibatan orang ramai, khususnya orang-orang Melayu dalam perarakan Bersih2 nanti?

Awangku Batu:  (Sambil menurut-urut dagu tanpa janggut) Orang Melayu yang menyertai Bersih jelas sekali dangkal berpolitik, amat dangkal...

ALS: Kenapakah Tuan berkata begitu, kenapa?

Awangku Batu: Hang butakah?  Tak nampak...?? Faedah besarnya dinikmati oleh kaum lain.

ALS: Relaks bos, relaks dulu. Kita baru saja nak buka gelanggang.

Awangku Batu:  Aku hot ni, hot..HOTT sangat-sangat.  Orang-orang besar parti arah Paddy Kutty spin isu ini, betul-betul.  Gormal cukup-cukup...

ALS: Khabarnya, Tuan telah berkata Lim Kit Siang sungguh gumbira dan kerisin sakan dengan program Bersih2 ini?

Awangku Batu: Yalah!! Pemimpin DAP macam Lim Kit Siang, tersenyum sakanlah.   Punyalah bangangnya Melayu.  Yang ikut kerja bodoh Bersih2 sudah tentulah orang-orang Melayu.

ALS:  Yalah Tuan, orang Melayu yang paling ramai di negara ini...

Awangku Batu: Hang tak usah dok loyar buruk sini. Bukankah Melayu telah diperalatkan?

ALS:  Lemah Tuan.  Lemah sangatlah hujah kita Tuan. Orang-orang Melayu sudah tak percayakan HPKutty. Orang-orang Melayu lebih percayakan Pas dan Pakatan Rakyat.  Orang-orang Melayu Pulau Pinang lebih percayakan DAP, Tuan.   

Dalam pemilihan AJK masjid orang semua dah tahu kerja buat OhNoNo selama ini sehingga masjid dan surau menjadi mandom.  Orang Melayu sudah tahu OhNoNo sudah tak boleh dipakai lagi.  Rangkaian fitnah terhadap Anwar pun orang dah tak mau dengar lagi – sudah muak.  Anak-anak pun asyik dok tanya, apa hal gomen serbu dan tangkap video lucah tapi TV gomenlah tukang tayang video lucah yang paling top!!??  Camna nak jawab?? Cuba habar mai..

Awangku Batu: Hang ini kerja dengan sapa?  Sapa bayar gaji...?

ALS: Itu bukan saya yang kata Tuan.  Anak saya di Tingkatan dua dok cakap dengan kawan-kawannya!

Awangku Batu: Payah...Payah.  Sekolah pun sudah disusupi pembangkang.

ALS: Betul Tuan, betul. Orang-orang di sekolah pun makan nasi juga.     

Awangku Batu: Sudah, sudah pergi siapkan rencana kita, “Ketua Pembangkang jaguh lucah...” 

ALS: Lebih bagus kalau rencananya “Meminang pakai fulus rakyat.”

Awangku Batu: Ahmad Lelap Selaluuuuu!!!



2 comments:

Najib Gelabah said...

UMNO, BN perlu kerja keras tingkat persepsi rakyat

12/06/2011 10:16pm

KUALA LUMPUR 12 Jun – Jentera UMNO perlu bekerja keras dan merangka strategi baru untuk meningkatkan lagi persepsi serta aspirasi rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi masa kini seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial Twitter dan Facebook, perkara yang lebih penting dalam politik adalah persepsi dan bukannya realiti.

"Politik adalah mengenai persepsi. Bukan soal realiti... pembangkang pandai main persepsi yang sudah benar pun nak nafi. Nak minta DNA pun tidak bagi, soal jam tangan Omega tidak terjawab sampai sekarang.

"Sebab itu UMNO dan BN mesti tahu bagaimana kita boleh mempengaruhi minda dan citarasa rakyat supaya mereka lihat UMNO dan BN parti yang berkesan, terbaik dan boleh bela rakyat berbanding orang lain yang pandai berjanji tetapi tidak laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO bahagian Ampang di sini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Najib berkata justeru, UMNO dan BN perlu membuat sesuatu yang lebih berkesan bagi menunjukkan ia lebih memahami aspirasi rakyat supaya realiti, persepsi serta sentimen rakyat lebih berpihak kepadanya.

"Kerajaan telah buat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), kita ada pelan yang lebih terperinci, road map yang lebih jelas bukan macam pembangkang yang pandai berjanji. Mereka main dan jual janji tetapi kita tidak boleh sebab kita parti yang memerintah.

"Kita mesti lebih daripada mereka, biarlah persepsi rakyat lebih baik dan meningkat daripada pihak-pihak lain. Kalau rakyat suka BN rakyat akan pilih, kalau benci mereka akan pilih orang lain untuk mewakili kawasan mereka,” katanya.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata UMNO juga mesti sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sama ada tahun ini, tahun depan mahupun 2013.

"Kita mesti bersedia bukan setakat dry run (pilihan raya) sahaja tetapi kena bersedia terhadap persepsi rakyat dan sentimen yang lebih baik, itu yang mesti diutamakan,” katanya. - Bernama

barajiwa said...

Tuan Najib Gelabah,

Ini Dari laman Malaysiakini versi Inggeris:

(Tuan telah tertinggal bahagian-bahagian pentingnya yang lain. Memang benarlah rungutan rakyat selama ini, Umno boleh meletakkan siapa saja sebagai calon, termasuk tunggul — parti itu akan menang.

Kita kepilkan juga satu dua komen pembaca portal ini untuk menunjukkan cinta kasih pembaca kepada Sang Penguasa.)

Speaking to the Umno Ampang division delegates at their annual general meeting in Kuala Lumpur this afternoon, Najib (right) also reminded them that times are changing - from the good old days when even inanimate objects could win elections if they stood under the BN flag.

"Our environment's changing. It was easy the last time. If we were to put a songkok (in the elections), it could also win. But now, with information communication technology, Facebook, Twitter, emails and text messages, communication is no longer controlled by us.

"Don't think like we are still in the past. Umno has been in power since independence, but the environment has now changed and people are becoming smarter and more educated through the federal government's education policies.

"With this big change, we must also change so that Umno is seen to be more dynamic than the other parties, because politics is all about perception," he said.

With no love for the Opposition and with veiled barbs thrown at its leader Anwar Ibrahim (left) and his ongoing sodomy trial, Najib spent a portion of his speech casting aspersions on Anwar's character and morals, but without naming names.

Sila baca satu dua komen pembaca Portal ini:

Long It's embarrassing to read this PM's comments about moral issues, calling people 'jambu' and lament on how 'communication is no longer controlled'. It really shows the lack of depth of his character, a man without dignity or intelligence. I would respect a man much more if he will ignore such childish comments and touch on serious issues that actually matter to the rakyat, but he insists on empty rhetoric and talking kok. How utterly embarrassing that we have such a PM.
an hour ago • Report

balasi Jibby, You think we are idiot's....., PD...can bring some sense.., and a ass like you telling us about others..., Bro you can be the PM ..., but I gauge you just like my......? Do you have any esteem left in you..?
1 hours ago • Report

balasi Can this PM cut the crap about Anwar...and tell us what happen to Alatantuya...the monggol...., a murderer but act a saint. Bastards .....with sweet red lips....., lips to lick...., you know what they lick..?