Tuesday, June 7, 2011

Ini jamban-tan yang kubakar!

Siapa pernah lupa kepada ‘jamban-tan’ yang telah dibakar?


“Sememangnya Nasib penyanyi-penyanyi lama tiada pemimpin negara mau mengagungkan mereka namun daku adalah sebahagian peminatmu yang merasa sedih kerana tiada siapa dari pemimpin negara yang ingin membela kehidupan penyanyi lama yang tersohor yang punya kebagusan suara tersendiri yang sukar dicari ganti semakim hari semakim tidak dihargai jasa mereka.”

3Rahm 4 days ago  M.Bakri - Kenang Daku Dalam Doamu

______________________


Itulah petikan yang kita perolehi dalam You Tube. 

Entah kenapa tiba-tiba saja teringat kepada ‘Salawati’nya Alfian yang sesekali didendangkan Nurdin Kaab tatkala kali kami bertiga (termasuk Dinsman) ke Kota Bharu, Kelantan.  Dari Alfian saya temui M. Bakri...

Benarlah jauhari jua yang mengenal manikam.  Dan jauharinya mestilah yang tulen, bukannya  jauhari palsu yang munculnya mengikut musim ― seperti musim gugurnya durian di dusun Tok Wan.  

Dalam konteks ini, apakah tuan masih ingat zaman tatkala seorang mantan TPM menjadikan acara membaca puisi itu satu agendanya yang rutin.  Almarhum WS Rendra pernah menjadi tetamunya untuk membaca puisi.  Tatkala itu, ya ketika itu ― maka berbondong-bondonglah jauhari-jauhari palsu ini ― ikut-ikutan berpuisi.  Mungkin dalam wc pun mereka ini berpuisi.  Berpuisi kerana mencari makan!  Agaknya itulah salah satu takrif ‘jauhari palsu’.


ii.

Benarlah segala kerja itu bermula dengan niat.  Sang Penguasa yang tinggi seleranya terhadap budaya tak perlu berlakon itu dan ini tentang budaya.  Dan Sang Menteri juga perlu berbicara mendayu-dayu sebelum membakar jamban-tan untuk menyatakan yang ‘dianya’ juga amatlah mencintai budayanya.

Cukuplah dengan menjadi manusia yang jujur kepada dirinya.

Kepada teman-teman saya di ASASI, Angkatan Sasterawan Nasional Kedah, apakah tuan sudah lupa nasib yang telah menimpa Pak Afrini Adham (Malaya pasti merdeka)?

Ayuh, tinggalkan Gapena itu, marilah bersama-sama Paksi.  Marilah kita ― sama-sama rentap Sang Penguasa yang buta budaya, rakus kuasa itu. 



No comments: